Posts

Apom Lenggang Cik Kiah... kalau tak dilenggang tak jadi!

Image
KALAU dapat makan panas-panas menu ini memang best, lebih-lebih lagi ada kuah kari untuk dicicah. Musim disuruh duduk di rumah diam-diam ini, apa kata ajak anak-anak bersama-sama melenggang apom ini seperti yang dilakukan Cikgu Mahsuri Nasri dari Butterworth, Pulau Pinang. Bahan-bahannya pun mudah sahaja, rasanya sememangnya ada stok di dapur masing-masing. Bahan-bahan 1 cawan nasi sejuk 1 cawan air 3 biji telur 1 1/2 cawan tepung gandum 2 cawan tepung beras 5 sudu gula 1 cawan santan 1 sudu besar yis 2 1/2 cawan air secubit garam 1/2 sudu teh kunyit Cara-caranya membuatnya; 1. Kisar nasi sejuk bersama air sampai halus. Ketepikan dahulu 2. Adun telur, tepung gandum, tepung beras, gula, santan, yis, air, garam dan serbuk kunyit. Lepas itu masukkan campuran nasi sejuk yand dikisar tadi ke dalam adunan. 3. Tapis adunan di atas ke dalam satu bekas. Biarkan antara 10 hingga 20 minit sebelum dilenggang. Cara melenggang; 1. Panaskan kuali kecil dengan api kecil. 2. Sapu sedikit minyak dal

Aroma daun nipah penyedap jelurut, rasa seperti tepung pelita

Image
PERNAH dengar kuih jelurut? Ia makanan tradisi masyarakat di Labuan yang cukup enak dan rasanya hampir sama dengan tepung pelita. Perbezaannya ia dimasak menggunakan daun nipah yang dilipat menjadi kelongsong sebelum dikukus. Rasanya yang lemak manis memang membuatkan anda lupa diri ketika menikmatinya. mStar berpeluang bertemu dengan Rokiah Ibrahim atau Mak Itam, 65, di Labuan baru-baru ini yang berkongsi resepi jelurut. Boleh cuba nanti okay? Bahan-bahannya: 2 cawan tepung beras 1 cawan gula 1 sudu teh garam 1 sudu teh kapur 1 liter santan Pewarna hijau Daun pandan Daun nipah sebagai kelongsang kuih Cara-cara membuatnya: Didihkan santan dengan api sederhana besar. Sementara menunggu santan mendidih, adunkan tepung beras bersama sedikit air pandan. Tuang santan yang telah mendidih ke dalam bancuhan tepung dan gaul sebati. Pastikan adunan tidak berketul. Masukkan gula, garam serta kapur sebelum tambah pewarna hijau dan gaul sebati. Setalah siap masukkan adunan ke dalam kelongsong ku

Ayam buttermilk Cik Sue

Image
Memasak dirumah adalah pilihan terbaik bagi menjimatkan kos, dan lebih penting puas hati dengan hidangan air tangan sendiri. Anak-anak pasti tersenyum jika melihat ayam buttermilk kegemaran mereka terhidang panas di atas meja. Bahan-bahan: 2 ketul besar ayam, bahagian dada 1/2 tin susu cair 3 ulas bawang putih - hilis halus 1/2 biji bawang besar Holland atau biasa - potong dadu 4 sudu butter 2 tangkai daun kari 4 buji cili padi Bahan-bahan untuk tepung salutan ayam: 2-3 sudu besar tepung gandum 1 sudu besar serbuk kari 1 biji telur Sedikit garam Air secukupnya Cara-cara: Potong dadu isi ayam, bersihkan dan tos. Masukkan telur dan garam ke atas ayam dan gaulkan sehingga sebati. Masukkan tepung, serbuk kari dan sedikit air. Kacau supaya tepung pekat dan menyaluti ayam. Perap selama 30 minit. Goreng ayam di dalam minyak panas sehingga garing. Angkat dan ketepikan. Cara-cara untuk ayam buttermilk: Dalam kuali - panaskan butter sehingga cair dan tumis bawang putih, cili dan daun kari seh

11 Menafaat Extra Virgin Olive Oil (Minyak Zaitun)

Image
11 Menafaat Extra Virgin Olive Oil (Minyak Zaitun) - Kaya dengan Lemak Monounsaturated yang Sihat - Tinggi Kandungan Antioksidan - Tinggi Kandungan Anti-Radang - Membantu Mencegah Strok - Perlindungan terhadap Penyakit Jantung - Mengelak Peningkatan Berat Badan dan Obesiti - Menentang Penyakit Alzheimer - Boleh Mengurangkan Risiko Diabetes Tahap 2 - Boleh Mencegah Sesetengah Kanser - Boleh Merawat Arthritis Rheumatoid - Tinggi Kandungan Anti Bakteria

Khasiat pucuk paku / midin

Image
PUCUK PAKU/MIDIN mengandungi vitamins A, C, potassium, iron, manganese, copper dan omega-3 Membantu untuk: - Menjaga daya tahan tubuh - Baik untuk metabolisme tubuh - Ubat Gout - Baik untuk kesihatan tulang - Menyembuhkan luka - Mencegah penuaan secara semulajadi - Menyihatkan mata - Menurunkan berat badan - Mencegah hipertensi - Mencegah kenaikan kolesterol     Kandungan Gizi: Vitamin A    72%   Vitamin C    44% Calcium    3%   Iron    7% Vitamin D    0%   Cobalamin    0% Magnesium    8%  

Telur separuh masak

Image
Kebaikan: Bagus Untuk Diet Telur separuh masak juga bagus untuk amalan diet kerana mengandungi asid amino dan protein yang tinggi yang dapat memberi bekal tenaga kepada tubuh. Anti Penuaan Siapa sangka makan telur separuh masak dapat bertindak sebagai agen anti penuaan, ini kerana telur separuh masak mengandungi karotenoid yang dapat membantu melindungi tubuh dari penuaan. Membina Otot Telur separuh masak juga dapat membantu membina otot dan menjadikan tubuh badan menjadi sihat serta bertenaga. Mencegah Anemia Salah satu penyakit darah yang sering di dapati pada manusia adalah anemia, penyakit anemia berlaku kerana darah kekurangan vitamin B12 dan untuk mencegah berlakunya penyakit ini, telur separuh masak dapat membantu membekalkan sumber vitamin B12! Meningkatkan Metabolisma Dan Sistem Imun Diri Kandungan asid amino di dalam telur separuh masak dapat membantu meningkatkan sistem imun diri dan dalam masa yang sama dapat meningkatkan metabolisma di dalam tubuh manusia. Keburukan: Sumbe

Rumput Beijing @ Angel Grass @ Ya Pak King

Image
Di China : Diguna mencuci buah pinggang, mencuci darah dan buang angin dalam badan. Di Thailand : Diguna untuk merawat kanser tekak, hati, rahim, ileum, kulit dan sebagainya. Khasiat Rumput Beijing 1. Sangat baik merawat Psoriasis & Eczema 2. Meningkatkan sistem imunisasi. 3. Merawat kanser payudara dan kolon.  4. Melegakan demam dan aphthous ulcers 5. Mencuci sistem perkumuhan.  6. Mencegah batu karang dan mencuci buah pinggang.  7. Mengurang kesan kesakitan akibat radiasi & Chemo Therapy.  8. Merencat pertumbuhan baru sel kanser.