Posts

Beri Peluang Syarikat Dari Sabah Dan Sarawak Secara Saksama Untuk edar Vaksin Covid-19 – Mohamad Alamin

Image
Ahli Parlimen Kimanis, Dato’ Mohamad Alamin memohon kerajaan mempertimbangkan cadangan untuk memberi peluang kepada syarikat atau mana-mana ejen di Sabah dan Sarawak mengedar vaksin Covid-19. Katanya, cadangan itu dikemukakan sebagai usaha meningkatkan kualiti dan kemudahan kesihatan rakyat Sabah dan Sarawak tanpa membiarkan peluang sedemikian hanya dimonopoli syarikat dari Semenanjung. “Saya berharap ejen pengedar dari Sabah dan Sarawak akan diberikan kuota pengedaran di kedua-dua negeri tersebut tanpa peluang itu hanya dimonopoli oleh pengedar-pengedar dari Semenanjung. “Dalam usaha meningkatkan kualiti dan kemudahan kesihatan bagi rakyat Sabah, saya berharap pendekatan yang lebih baik akan digunakan dan dipertimbangkan oleh Kerajaan Pusat, terutama Kementerian Kesihatan dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), ” ujarnya dalam satu kenyataan media, hari ini. Mengulas lanjut, kata Pengerusi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) itu, cadangan tersebut penting untuk mem

Susulan ‘Langkah Perak’, masa depan Muafakat Nasional penuh persoalan

Image
Adakah nasib Muafakat Nasional di hujung tanduk? Persoalan ini timbul susulan kenyataan terbaru PPBM lewat malam semalam mengenai penyingkiran timbalan presiden parti itu sebagai menteri besar Perak oleh Umno. Setiausaha Agung PPBM, Hamzah Zainudin, berkata parti itu akan meningkatkan kerjasama dengan PAS melalui Perikatan Nasional (PN) demi “kestabilan politik peringkat nasional dan negeri”. Beliau tidak merujuk langsung kepada kerjasama dengan UMNO, mahu pun Muafakat Nasional yang menggabungkan PPBM, PAS, dan Umno dalam kenyataan itu. Agak ketara PPBM amat marah dengan tindakan 24 daripada 25 Adun Umno menolak usul percaya terhadap terhadap Ahmad Faizal Azumu di DUN Perak Jumaat lalu, sekali gus memaksanya meletak jawatan sebagai MB. Ada yang bertanggapan kemarahan itu reda berikutan perkembangan di Johor dua hari kemudian. Meskipun berpeluang mencantas MB daripada Umno, Hasni Mohamad, 13 ADUN PPBM dan PAS mendokong Belanjawan Johor 2021, sekali gus membolehkan ia diluluskan sebulat

PBB ramal 2021 tahun malapetaka

Image
PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB), New York – Tahun 2021 akan menjadi ‘tahun krisis kemanusiaan paling buruk’ sejak PBB ditubuhkan, kata beberapa pegawai kanan badan dunia itu, lapor portal berita Metro.co. Ketua Program Makanan Sedunia, David Beasley berkata, kebuluran sedang menanti 12 buah negara di dunia. Katanya, tahun 2021 adalah ‘bencana’ kerana kesan pandemik terhadap negara-negara membangun. “Kita tidak mungkin dapat membiayai semuanya. Justeru, kita perlu memberi keutamaan dan seperti yang saya kata, malapetaka menunggu di muka pintu,” katanya kepada 193 anggota Perhimpunan Agung PBB Jumaat lalu. Langkah dan sekatan koronavirus di seluruh dunia membawa kepada peningkatan 40 peratus bilangan penduduk yang memerlukan bantuan kemanusiaan, kata PBB minggu lalu. Badan dunia itu meminta dana berjumlah AS$35 bilion (RM142.3 bilion). Perkembangan itu berlaku selepas ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Tedros Adhanom Ghebreyesus merayu peruntukan AS$4.3 bilion (RM17.4) disuntik k

Rakyat Britain mula terima suntikan vaksin Covid-19 esok

Image
LONDON – Britain bersiap sedia hari ini untuk memulakan kempen vaksinasi terbesar negara itu tetapi pegawai-pegawai kesihatan memberi amaran bahawa usaha memberi pelalian Covid-19 kepada berjuta-juta rakyatnya dijangka mengambil masa sehingga tahun depan. Pengagihan pertama di dunia vaksin Pfizer-BioNtech itu dijadualkan bermula esok dalam kempen vaksinasi digelar ‘V-Day’ oleh Setiausaha Kesihatan Britain, Matt Hancock. Hospital Universiti Croydon di selatan London merupakan antara 50 hab klinikal yang mula menerima hantaran awal sebanyak 800,000 dos vaksin Covid-19 itu pada hujung minggu lalu dari sebuah kilang Pfizer di Belgium. Di hospital Croydon berkenaan, seorang juruteknik makmal mengangkat bungkusan berisi dos vaksin Covid-19 keluar daripada kotak ais kering yang menyimpan vaksin tersebut pada suhu -70 darjah Celsius dan memindahkannya ke dalam sebuah peti sejuk beku khas. ” Mengetahui bahawa vaksin Covid-19 berada di sini dan kami adalah antara yang pertama di Britain menerima

MAM pujuk KIP lupakan persaraan

Image
PERSATUAN Permotoran Malaysia (MAM) menyatakan kesudian bagi memastikan pelumba Moto3 negara, Khairul Idham Pawi terus kekal dalam arena sukan permotoran. Difahamkan, bekas pemenang Grand Prix (GP) Argentina dan GP Jerman 2016 dalam kelas Moto3 itu meluahkan hasrat untuk meninggalkan sukan tersebut selepas kecewa dengan prestasi yang dipamerkan musim ini. Setiausaha Agung MAM, Muizz Azli berkata, pihaknya sedia mengadakan pertemuan dengan pelumba yang terkenal dengan jolokan Super KIP itu bagi membincangkan mengenai masa depannya. “MAM akan mengadakan perjumpaan dengan Khairul Idham 15 Disember ini bagi mengetahui masalah sebenar. Dia seorang pelumba berbakat dan masih ada pasukan yang berminat mendapatkan khidmatnya. “Sekiranya dia berdepan masalah, kami di MAM sedia melakukan apa sahaja untuk membantunya,” katanya. Sebagai rekod, pelumba berusia 22 tahun yang beraksi bersama pasukan Petronas Sprinta Racing itu gagal menampilkan prestasi memuaskan apabila gagal mengutip sebarang mata

Ringgit bakal terjejas ekoran Fitch Ratings semak turun penarafan Malaysia

Image
Langkah menyemak turun penarafan Malaysia oleh firma penarafan antarabangsa, Fitch Ratings berisiko menjejaskan kedudukan ringgit. Ketua Pakar Ekonomi Bank Islam, Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, kegiatan pengambilan untung mungkin berlaku disebabkan ringgit dilihat telah mengukuh ke paras yang begitu memberangsangkan iaitu sekitar RM4.06 hingga RM4.07 berbanding dolar Amerika, daripada RM4.447 pada pertengahan Mac lalu. Menurut beliau, bagi berdepan risiko akibat penarafan se­mula itu, kerajaan memerlukan strategi jelas untuk memperbaiki kedudukan defisit fiskal yang melebar apabila ekonomi mula pulih pada tahun 2022 dan seterusnya. “Kerajaan perlu ada peranca­ngan yang rapi terutamanya dari sudut komunikasi kepada rakyat serta tadbir urus yang baik. “Ini adalah kerana dasar untuk memperbaiki kedudukan kewa­ngan sememagnya tidak popular, misalnya pengenalan cukai-cukai baharu serta pengurangan per­belanjaan,” katanya kepada pemberita di sini semalam. Minggu lalu, Fitch Rating

PN Belum Pasti Sokong UMNO di Perak

Image
Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) hari ini, yang dipengerusikan oleh Presiden BERSATU, YAB Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin Hj. Mohd. Yassin menzahirkan rasa kesal terhadap Usul Keyakinan Majoriti Ahli Dewan terhadap YAB Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu. Menurut kenyataan Media Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, MPT sebulat suara bersetuju untuk memperkukuhkan kerjasama antara BERSATU dan PAS melalui Perikatan Nasional dalam usaha mengekalkan kestabilan politik di peringkat nasional dan negeri. Bersatu kecewa dengan usul yang dibuat oleh UMNO tetapi tidak disokong oleh UMNO dan Pakatan Harapan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak baru-baru ini. Kenyataan media yang dikeluarkan turut tidak memberi sebarang komitmen menyokong Menteri Besar dari UMNO. Bersatu menyatakan semua keputusan yang bakal diambil BERSATU berkaitan penubuhan Kerajaan Negeri Perak yang baharu akan mengambil kira ketetapan ber