Penarikan Sijil Pengesahan Halal Malaysia bagi Secret Recipe Manufacturing Sdn Bhd bukan disebabkan kesalahan penggunaan bahan haram dalam pemprosesan produk, kata Pengarah Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Hakimah Mohd Yusoff. Beliau berkata penarikan sijil bagi syarikat itu yang berkuat kuasa pada 7 Mei ialah kerana melanggar Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia yang melibatkan kesalahan-kesalahan kebersihan dan Good Manufacturing Practice (GMP). "Bahagian Hab Halal telah memanggil syarikat terlibat dan syarikat itu telah berjanji akan melakukan tindakan segera berhubung kesalahan yang dilakukan sehingga mengakibatkan Sijil Pengesahan Halal Malaysia mereka ditarik balik," katanya dalam satu kenyataan di sini, Selasa. Beliau berkata demikian bagi memberi penjelasan berhubung isu penarikan balik Sijil Pengesahan Halal Malaysia Secret Recipe Manufacturing Sdn Bhd berikutan kenyataan mengenainya tersebar luas di laman-laman...