Posts

Showing posts with the label Banjir

Pemuda nyaris maut, Perodua Myvi dihanyut banjir

Image
  SEBUAH Perodua Myvi yang dinaiki seorang kakitangan awam hanyut dibawa arus deras dalam kejadian di Kampung Batu 10, Pasir Gajah, Jalan Air Putih-Chukai di Kemaman KEMAMAN: Gara-gara meredah banjir, seorang pemuda nyaris maut selepas Perodua Myvi dinaikinya hanyut dibawa arus deras di Kampung Batu 10, Pasir Gajah di Jalan Chukai-Air Putih di sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 12.50 tengah hari itu, mangsa yang merupakan pembantu perawatan kesihatan di Hospital Kemaman bagaimanapun berjaya diselamatkan dua penduduk kampung, sebelum pasukan penyelamat tiba.  Lelaki berusia 27 tahun itu dipercayai dalam perjalanan ke Chukai dari kampung halamannya di Bukit Payung, Marang.  Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Chukai, Mohd. Zailani Abdullah berkata,  mangsa yang bertugas shif pada malam ini dikatakan cuba meredah jalan yang dilimpahi air sedalam dua meter itu. “Ketika cuba melalui jalan itu kereta yang dipandu mangsa tiba-tiba dibawa arus ke sebelah kiri bahu jalan, m