Kedai Todi Kerajaan
Sekarang ni sedang minum di Jalan Sentul berdekatan Balai Polis. Nak cerita pasal Kedai Todi Kerajaan atau lebih dikenali sebagai Toddy Shop. Begini ceritanya... Dulu di Jalan Sentul ada kedai todi kerajaan (berlesen) tempat penagih arak/tuak todi. Todi diperbuat dari nira kelapa yang di peram dan diproses menjadi tuak atau arak. Kedai todi tu dah di robohkan tetapi bentuknya sama seperti gambar dibawah yang merupakan kedai todi kerajaan Brickfields. Cawan/kole tidak disediakan sebab kalau disediakan peminum akan bawa keluar, bawa balik atau buang merata2. Biasanya mereka bawa sendiri atau sewa dari orang yang menyediakan perkhidmatan sewa kole. Yang buat perkhidmatan sewa kole dah jadi rutin pusing satu bangunan cari kole yang dibuang merata-rata oleh peminum todi. Sewa 1 kole 5-10 sen. Satu lagi perniagaan sampingan adalah jualan ikan kembung goreng dan ayam yang dijual dengan harga 10-20 sen. Peminum todi suka minum todi sambil meratah ikan kembung goreng.