Ringgit bakal terjejas ekoran Fitch Ratings semak turun penarafan Malaysia
Langkah menyemak turun penarafan Malaysia oleh firma penarafan antarabangsa, Fitch Ratings berisiko menjejaskan kedudukan ringgit. Ketua Pakar Ekonomi Bank Islam, Dr. Mohd. Afzanizam Abdul Rashid berkata, kegiatan pengambilan untung mungkin berlaku disebabkan ringgit dilihat telah mengukuh ke paras yang begitu memberangsangkan iaitu sekitar RM4.06 hingga RM4.07 berbanding dolar Amerika, daripada RM4.447 pada pertengahan Mac lalu. Menurut beliau, bagi berdepan risiko akibat penarafan semula itu, kerajaan memerlukan strategi jelas untuk memperbaiki kedudukan defisit fiskal yang melebar apabila ekonomi mula pulih pada tahun 2022 dan seterusnya. “Kerajaan perlu ada perancangan yang rapi terutamanya dari sudut komunikasi kepada rakyat serta tadbir urus yang baik. “Ini adalah kerana dasar untuk memperbaiki kedudukan kewangan sememagnya tidak popular, misalnya pengenalan cukai-cukai baharu serta pengurangan perbelanjaan,” katanya kepada pemberita di sini semalam. Minggu lalu, Fitch Rating...