Posts

Showing posts from December, 2020

Fermented @ fermentasi @ penapaian honey + garlic.

Image
Sebab tak suka rasa madu (bunga) akasia yang terlalu masam, berbeza dengan madu pucuk akasia. Semalam dah order madu pucuk akasia yg rasanya lebih manis dan hanya boleh di perolehi dalam beberapa bulan setahun (semasa pokok akasia diluar musim bunga) ... aku buatlah fermented @ fermentasi @ penapaian honey & garlic. Bawang putih mengandungi allicin yang baik untuk jantung dan madu memiliki enzymes pelbagai menafaat kesihatan. Kalau orang sekarang gila dengan DETOX, ini cara paling mudah. Manfaat kesihatan madu dan bawang putih:  1. Gabungan madu dan bawang putih dapat menurunkan tekanan darah dan tahap kolesterol jahat di dalam badan. 2. Bermanfaat dalam melawan demam dan selesema. 3. Meningkatkan pencernaan dan merawat banyak penyakit yang berkaitan dengan pencernaan. 4. Meningkatkan sistem imun anda. 5. Menyahtoksin badan dengan membuang toksin. 6. Meningkatkan kesihatan hati anda. 7. Digunakan untuk merawat banyak jenis penyakit jantung dan juga diabetes. _______________ Cara me

Nak korek 👃pun tak boleh

Image
 Gout

Syed Saddiq: Bakal Koruptor?

Image
Siapa sangka mantan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abd Rahman telah memulai langkahnya dalam menyediakan barisan kroni kapitalis untuk karier politik beliau, seperti mentornya Tun Dr Mahathir Mohamad. Beberapa hari yang lalu, Syed Saddiq telah mengumumkan pembukaan sebuah francais restoran Santan, yang dipelopori oleh Tan Sri Tony Fernandes dari AirAsia, di 163 Retail Park Bukit Kiara. Dalam pengumuman itu, Ahli Parlimen Muar itu mengatakan bahawa fokus utama beliau sebagai rakan niaga francais itu adalah untuk menyediakan peluang pekerjaan untuk anak-anak muda Malaysia. Namun, seperti yang diketahui umum, Syed Saddiq memang merupakan seorang ahli politik yang talam dua muka. Ramai yang masih ingat tentang janji-janji manis beliau untuk anak-anak muda seperti penyediaan sejuta pekerjaan baru untuk graduan muda, pemansuhan PTPTN secara umum, dan lain-lain lagi. Figure 1 - Berskema lagi untuk menyeleweng duit rakyat Malangnya, semua itu langsung tidak dimulakan oleh Syed Saddi

Illi Najwa mohon maaf, mengaku kejahilan dia dan suami

Image
  Illi Najwa Anuar Hussin Saddique tampil memohon maaf susulan majlis resepsi perkahwinannya dengan kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar baru-baru ini mencetuskan pelbagai persoalan sehingga ada yang mendakwa dia murtad. Memetik laporan MalaysiaGazette, wanita terbabit mengaku apa yang berlaku atas salah dan kejahilan dia dan suaminya. Malah, Illi Najwa turut menzahirkan permohonan maaf kepada keluarganya yang diheret sama dalam isu itu. Bagaimanapun, wanita yang berasal dari Johor itu mengesahkan suaminya sudah memeluk Islam sejak akhir tahun lalu dan mereka melangsungkan pernikahan pada 16 Disember lalu dalam majlis tertutup. Katanya, sijil nikahnya akan diperoleh pada Rabu depan. Tegas Illi Najwa, beliau tidak pernah menukar nama atau agama seperti mana yang didakwa sesetengah pihak terutamanya warganet. "Nama saya masih kekal Illi Najwa Anuar Hussin Saddique. Keluarga suami memanggil saya Navpreet sejak 2012 kerana sukar bagi mereka menyebut nama saya," katanya yang tu

Mega Mendung

Image
  Mendung...si mega mendung Mendung datang dari utara... Mendunglah datang... Mendunglah datang...dari utara... Mendung...si mega mendung Mendung datang dari utara... Mendunglah datang... Mendunglah datang...tuan dari utara... Termenung...jangan termenung... Kalau termenung rosak binasa... Termenung...jangan termenung... Kalau termenung rosak binasa... Mendung...si mega mendung... Mendung datang...bertalu-talu... Mendunglah datang... Mendunglah datang...bertalu-talu... Mendung...si mega mendung... Mendung datang...bertalu-talu Mendunglah datang... Mendunglah datang...bertalu-talu... Jangan bang...duduk termenung... Barang tak ada...jangan ditunggu... Jangan bang...duduk termenung... Barang tak ada...jangan ditunggu... Mendung...si mega mendung...

Pemuda nyaris maut, Perodua Myvi dihanyut banjir

Image
  SEBUAH Perodua Myvi yang dinaiki seorang kakitangan awam hanyut dibawa arus deras dalam kejadian di Kampung Batu 10, Pasir Gajah, Jalan Air Putih-Chukai di Kemaman KEMAMAN: Gara-gara meredah banjir, seorang pemuda nyaris maut selepas Perodua Myvi dinaikinya hanyut dibawa arus deras di Kampung Batu 10, Pasir Gajah di Jalan Chukai-Air Putih di sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 12.50 tengah hari itu, mangsa yang merupakan pembantu perawatan kesihatan di Hospital Kemaman bagaimanapun berjaya diselamatkan dua penduduk kampung, sebelum pasukan penyelamat tiba.  Lelaki berusia 27 tahun itu dipercayai dalam perjalanan ke Chukai dari kampung halamannya di Bukit Payung, Marang.  Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Chukai, Mohd. Zailani Abdullah berkata,  mangsa yang bertugas shif pada malam ini dikatakan cuba meredah jalan yang dilimpahi air sedalam dua meter itu. “Ketika cuba melalui jalan itu kereta yang dipandu mangsa tiba-tiba dibawa arus ke sebelah kiri bahu jalan, m

Lelaki terselamat pokok hempap kereta di Jalan Tranum-Bukit Fraser

Image
RAUB: Berpantang maut sebelum ajal. Seorang lelaki terselamat dan tidak mengalami kecederaan selepas sebatang pokok menghempap kereta dipandunya di Jalan Tranum-Bukit Fraser di sini hari ini. Mangsa berusia 27 tahun yang dalam perjalanan ke arah Bukit Fraser juga bernasib baik apabila batu besar tidak terjatuh akibat terhalang oleh batang pokok yang tumbang. Ketua Polis daerah, Superintenden Kama Azural Mohamed berkata, kejadian berkenaan berlaku ketika kereta berkenaan dalam perjalanan menghala ke arah Fraser Hill. Bagaimanapun katanya, tiada kecederaan dilaporkan dan kereta berkenaan berjaya dialihkan pada pukul 10.45 pagi. “Kedua-dua arah jalan terhalang di mana hanya pengguna jalan raya yang mahu ke Bukit Fraser melalui jalan dari Kuala Kubu sahaja yang boleh lalu. “Bagi pengguna jalan raya yang mahu ke Bukit Fraser atau ke Kuala Kubu dari arah Raub serta yang mahu ke Raub dari Kuala Kubu adalah terhalang,” katanya di sini, hari ini. Menurut Kama Azural, pihak Angkatan P

Tukar hidangan nasi dengan Mi Kari - D'Famous Zul Mee Kari

Image
Berikan sedikit kelainan dalam menu harian hari ini. Selain nasi, apa kata mi kari tengahari ini. Masakan mi sememangnya sinonim dalam hidangan di negara Asia selepas makanan ruji iaitu nasi. Bukan sahaja merupakan sumber karbohidrat yang bagus, malah mi juga amat mudah untuk disediakan. Anda hanya perlu membeli mi di pasar, cuci dan celur. Sesuai sekali bagi mereka yang ingin menjimatkan masa di dapur. Walau bagaimanapun, mi kuning kadang-kala mempunyai rasa kapur yang tidak menyelerakan. Perkara ini terjadi akibat dari cara masakan mi tersebut. Untuk mengelakkan dari perkara ini berlaku kepada anda, didihkan mi kuning sehingga timbul buih-buih dan permukaan air menjadi putih. Langkah ini akan memastikan rasa kapur hilang dari mi. Seterusnya, rendamkan mi ke dalam air sejuk dan campurkan dengan ais untuk menghentikan proses masakan. Mi kuning juga sedap dibuat mi kari. Jom, kita lihat resepi mi kari yang mudah dan sedap. Bahan-bahan : 100g udang bersaiz sederhana 100g sotong bersaiz s

Jenazah Tun Rahah Tiba Di Masjid Ar-Rahah, Kampung Kerinchi

Image
Jenazah Allahyarhamah Tun Rahah Mohamed Noah tiba pada jam 7.50 pagi di Masjid Ar-Rahah, Kerinchi untuk dimandikan dan di kafankan sebelum dikebumikan di Makam Pahlawan Masjid Negara hari ini. Jenazah Allahyarhamah Tun Rahah Mohamed Noah tiba di Masjid Ar-Rahah, Kampung Kerinchi di sini, pada 7.50 pagi ini. Jenazah akan dimandikan dan dikafankan di masjid berkenaan sebelum orang ramai dibenarkan memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah bermula 9 pagi hingga 1 tengah hari ini. Keadaan di masjid berkenaan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada masa ini. Turut kelihatan di masjid tersebut ialah anak Alllahyarhamah, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Perdana Menteri keenam Selepas urusan penghormatan terakhir itu, jenazah Allahyarhamah Tun Rahah akan dibawa ke Masjid Negara bagi Istiadat Pengebumian Negara. Jenazah akan dikebumikan di Lingkaran Makam Pahlawan, Masjid Negara. Tun Rahah,

PKPB di KL, Selangor, Sabah dilanjutkan hingga 31 Disember

Image
PKPB di Kuala Lumpur, Selangor, Sabah serta beberapa lokaliti di negeri-negeri lain dilanjutkan hingga 31 Disember 2020. Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kuala Lumpur, Selangor dan Sabah serta beberapa lokaliti di negeri-negeri lain dilanjutkan hingga 31 Dis ini. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan dibuat selepas mendapat nasihat dan penilaian risiko daripada Kementerian Kesihatan (KKM) berdasarkan trend dan peningkatan kes positif Covid-19 di kesemua kawasan berkenaan. Pelaksanaan PKPB di tiga wilayah berkenaan sebelum ini dijadualkan tamat pada 20 Dis.

Polis siasat wanita disyaki bantu pesakit COVID-19 lari

Image
Empat wanita terbabit dipercayai pulang ke Indonesia melalui “laluan tikus” di sempadan Sarawak KUCHING: Polis Sarawak sedang menyiasat seorang wanita didakwa membantu empat wanita Indonesia melarikan diri selepas mereka diuji positif COVID-19 di sebuah hospital swasta di Sibu. Pesuruhjaya Polis Sarawak Aidi Ismail berkata, wanita itu mendakwa tidak mengenali warga asing terbabit dan hanya membantu mereka pulang ke kampung halaman di Entikong, Kalimantan Barat, Indonesia. “Kami akan siasat kes ini lebih lanjut dan mengambil keterangan wanita itu selepas dia selesai menjalani kuarantin,” katanya kepada pemberita. Aidi berkata, wanita itu diarah menjalani kuarantin kendiri oleh jabatan kesihatan kerana mempunyai kontak rapat dengan empat kes positif. Beliau berkata, siasatan awal mendapati empat wanita terbabit melakukan perjalanan dari Sibu ke Serian pada Rabu dan dipercayai mereka pulang ke Indonesia melalui “laluan tikus” di sempadan Sarawak- Kalimantan Barat di Serian. A

Paras Sungai Golok naik mendadak

Image
RANTAU PANJANG: Paras air Sungai Golok terus menunjukkan peningkatan dengan bacaan 9.81 meter setakat jam 9 malam, hari ini, sekali gus melepasi paras tertinggi gelombang pertama yang berlaku hujung November lalu iaitu 9.6 meter. Ketua Balai Bomba Rantau Panjang, Imran Ismail berkata, jika paras air sungai berkenaan terus menunjukkan trend menaik, besar kemungkinan ia boleh mencecah kepada bacaan 10 meter pada awal pagi esok. Katanya, keadaan terbabit berlaku apabila taburan hujan terus bertambah selain aliran air dari hulu sungai ke kawasan itu, malah sungai di Kampung Jenob, Tanah Merah juga menunjukkan bacaan melebihi paras bahaya iaitu 23.6 meter. "Banjir gelombang kedua ini berkemungkinan lebih besar berbanding sebelumnya, melihat kepada peningkatan air sungai yang naik dengan lebih cepat berbanding sebelumnya selain taburan hujan yang tinggi bukan saja sekitar Rantau Panjang, malah di bahagian hulu sungai di Tanah Merah dan Jeli. "Beberapa pangkalan haram di sini sudah

Adam letak sasaran lebih tinggi

Image
Adam Norrodin mengakui masih belum puas dengan pencapaian meraih tempat ketujuh keseluruhan kategori Moto2 pada Kejuaraan CEV Repsol musim lalu. Jelas pelumba yang beraksi bersama Liqui Moly Intact SIC Junior Team itu, banyak lagi yang perlu dipelajarinya selepas ini dalam usahanya untuk kembali beraksi di pentas Kejohanan Motosikal Dunia. "Pandemik Covid-19 banyak mengajar saya untuk mendisiplinkan diri dan lebih fokus di setiap perlumbaan. "Sudah pasti banyak lagi yang perlu saya perbaiki jika mahu mendapatkan keputusan lebih baik. "Saya tahu bahawa saya mempunyai potensi untuk meraih keputusan lebih baik. Jadi saya perlu percaya bahawa tiada yang mustahil dan meletakkan sasaran lebih tinggi pada tahun depan," katanya. Adam bagaimanapun masih belum dapat mengesahkan perjalanan kariernya pada musim depan tetapi berjanji untuk mempamerkan aksi lebih baik sekiranya terus diberi peluang berlumba di Kejuaraan CEV Repsol. Bekas pelumba Moto3 di Kejohana
Image
Kementerian Kesihatan mengenalpasti enam kluster baru membabitkan Selangor, Sabah, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Johor. Kluster berkenaan adalah Tapak Bina Lebih di Sepang, Selangor; Kluster Sugud di daerah Penampang dan Papar, Sabah; Kluster Tapak Bina Jalan Tengah di Kuala Lumpur; Kluster Persiaran Heights di Seremban, Negeri Sembilan; Kluster Tembok Gajah di Kluang, Johor dan Utama Rini di daerah Johor Bahru, Kulai dan Pontian, Johor. Memperincikan kluster berkenaan, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Kluster Tapak Bina Lebuh membabitkan tempat kerja dengan kes indeks dilapor positif pada 15 Dis melalui saringan tempat kerja. “Sehingga hari ini, seramai 285 individu disaring dengan 20 kes dilapor positif,” katanya dalam kenyataan. Mengenai Kluster Sugud, Hisham berkata, seramai 26 kes dikesan positif sementara Kluster Tapak Bina Jalan Tengah yang dikesan di Lembah Pantai, Kuala Lumpur melaporjan 11 kes positif. Kluster berikutnya, Persiaran Hei

Tun Rahah meninggal dunia

Image
Tun Rahah Mohamed Noah, ibu kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meninggal dunia di Hospital Prince Court di Kuala Lumpur hari ini pada usia 87 tahun. Perkara itu dimaklumkan oleh bekas Pegawai Khas Najib, Datuk Isham Jalil kepada Kosmo! sebentar tadi. Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ria’yatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuiddn Shah mencemar duli menziarahi arwah semalam. Beberapa tokoh negara turut meluangkan masa menziarahi Tun Rahah, antaranya Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Terdahulu, Najib turut meminta orang ramai mendoakan kesihatan ibunya menerusi hantaran di laman Facebooknya.

Parti kerajaan PN, termasuk UMNO setuju tubuh Majlis Presiden

Image
Semua parti dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) bersetuju sebulat suara menubuhkan Majlis Presiden bagi mengukuhkan kerjasama dalam kerajaan dan menghadapi pilihan raya umum akan datang. Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata susulan penubuhan Majlis Presiden itu yang akan dianggotai ketua parti berkenaan, langkah-langkah juga akan diambil ke arah penggubalan sebuah piagam antara parti. “Majlis Presiden akan bertemu lebih kerap dengan pertemuan pertama awal tahun hadapan untuk mendengar taklimat mengenai kedudukan ekonomi semasa negara, pengurusan Covid-19 dan penyediaan Rancangan Malaysia ke-12,” kata beliau. Penubuhan Majlis Presiden itu dilihat langkah penting diambil kerajaan pimpinan Muhyiddin untuk menangani sebarang pertikaian dengan UMNO, iaitu blok terbesar dalam kerajaan PN. Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi bersama Presiden PAS Abdul Hadi Awang, Presiden MCA Wee Ka Siong, Presiden SUPP Dr Sim Kui Hian dan Presiden PBS Maximus Ongkili antara yang hadir bersama Muhyiddin

Makan nenas

Image
 

Ideli..

Image
Makan ideli tanpa sambal kelapa, tak sedap.

Pelangi Petang

Image
  'Ku meniti awan yang kelabu Kutempuhi lorong yang berliku Mencari sinar yang menerangi Kegelapanku Kupercaya nanti suatu masa Sang suria 'kan menyinar jua Membawa harapan yang menggunung Bersamanya Engkau tiba bagaikan pelangi Tak bercahya namun kau berseri Tapi cukup menghiburkan hati ini Seharian waktu bersamamu Tak terasa saat yang berlalu Bagai pelangi petang kau 'kan pasti Pergi jua Engkau tiba bagaikan pelangi Tak bercahya namun kau berseri Tapi cukup menghiburkan hati ini Seharian waktu bersamamu Tak terasa saat yang berlalu Bagai pelangi petang kau 'kan pasti Pergi jua

Mendung

Image
 Seharian mendung

Rogol kanak-kanak 12 tahun: Reman 10 remaja dilanjutkan

Image
KEMAMAN: Perintah tahan reman kesemua 10 remaja lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan kes rogol murid tahun enam di dua buah rumah di daerah ini dilanjutkan empat hari lagi, bermula esok. Perintah itu dikeluarkan  Pendaftar Mahkamah Sesyen Kemaman, Masni Hajar Ghazali di sini hari ini bagi melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.  Terdahulu, suspek yang berusia antara 13 tahun hingga 19 tahun tiba di pekarangan mahkamah berkenaan kira-kira pukul 9.24 pagi.  Kesemua mereka ditahan reman lima hari bermula Rabu lepas.  Dalam kejadian pada 6 hingga 7 Disember lalu, kanak-kanak berusia 12 tahun itu mendakwa dirogol 10 lelaki termasuk seorang kenalannya yang baru dikenali dua hari menerusi aplikasi WhatsApp.  Kejadian terbongkar selepas mangsa yang tidak pulang ke rumah selama dua hari, didesak ahli keluarganya menceritakan keadaan sebenar sebelum membuat laporan polis.  Hasil pemeriksaan di Hospital Kemaman  mengesahkan terdapat kesan koyakan pada alat sulit mangsa.

Cap palsu: Lapan pegawai imigresen akan didakwa enam mahkamah

Image
Seramai lapan pegawai Jabatan Imigresen yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerusi Op Selat bulan lepas akan didakwa di enam mahkamah berasingan pada esok dan Rabu ini. Menurut sumber, mereka akan dituduh atas kesalahan menerima wang sogokan setelah memperakukan cap keluar dan masuk pasport warga asing tanpa perlu keluar Malaysia. Sumber memberitahu, esok masing-masing dua pegawai imigresen akan dituduh di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Kelantan dan Mahkamah Sesyen Johor Bahru, Johor manakala masing-masing seorang di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang, Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor dan Mahkamah Sesyen Melaka. Seorang daripada mereka pula akan dituduh pada Rabu di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, Terengganu. Pada 16 Nov lepas, SPRM telah menjalankan satu operasi khas dengan kerjasama Jabatan Imigresen yang berjaya melumpuhkan aktiviti rasuah melibatkan sindiket yang menyalahgunakan pengesahan cap keluar dan masuk sempadan utama negara. — Bernama

MN: Pas enggan layan kumpulan tertentu dalam UMNO

Image
  Pas tidak ambil kisah tentang kenyataan-kenyataan yang dilontarkan pemimpin atau kumpulan tertentu dalam UMNO berkenaan masa depan kerjasama dalam Muafakat Nasional (MN). Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, kerjasama antara Pas dan UMNO melalui wadah Piagam MN adalah berdasarkan sifat kepartian dan bukannya berasaskan kumpulan-kumpulan tertentu. Beliau berkata, sebarang keputusan berhubung hala tuju dan kerjasama politik dibuat serta dibincangkan dengan kepemimpinan rasmi UMNO. “Pas mengadakan kerjasama dengan UMNO dalam MN atas sifat parti, bukan kumpulan-kumpulan. Sebab itu kita tak perlu mengambil kira kumpulan-kumpulan. Pertemuan yang kita buat adalah pimpinan yang rasmi dalam UMNO, kumpulan kita tak terima,” katanya ketika menjawab soalan yang diajukan pengamal media ketika sesi dialog di Pejabat Agung Pas Pusat di sini hari ini. Dalam pada itu, ketika ditanya berkenaan dakwaan terbaharu melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah memperoleh 1

Covid-19: Pelacur di Sarawak juga terkena tempias, hilang pendapatan

Image
Persatuan Keprihatinan AIDS Sarawak (SACS) berkata, rumah pelacuran ditutup kerana tiada pelanggan atas kebimbangan Covid-19 dan menyebabkan pekerja seks terpaksa mencari pekerjaan lain. KUCHING: Dengan pekerja di pelbagai sektor perniagaan terjejas oleh pandemik Covid-19, pekerja seks juga tidak terlepas kesannya. Persatuan Keprihatinan AIDS Sarawak (SACS) berkata, rumah pelacuran ditutup kerana hampir tiada penduduk di bandar berkenaan mengunjunginya atas kebimbangan jangkitan dan ini menyebabkan pekerja seks terpaksa mencari pekerjaan lain. Presidennya Yuwana Podin berkata, sebahagian pekerja seks menceburi bidang perniagaan, manakala yang lain pulang ke kampung masing-masing. Beliau berkata 18 pekerja seks wanita di satu kawasan di bandar raya berkenaan tidak memperoleh pendapatan daripada pekerjaan biasa mereka sejak wabak Covid-19 melanda. “Empat daripada mereka mendapat pekerjaan, manakala yang lain pulang ke kampung mereka.” katanya “Sebagai sebuah organisasi yang tidak mengamb

Pendekatan Buku Merah dan Hijau Tun Razak untuk kejayaan pemulihan pasca Covid

Image
Seorang pakar sosiologi menggesa Putrajaya supaya merujuk kepada pendekatan pembangunan yang diperkenalkan perdana menteri Malaysia kedua, Abdul Razak Hussein dalam Buku Merah dan Buku Hijau. Denison Jayasooria, pakar dalam kajian kemiskinan berkata, laluan pemulihan ekonomi Malaysia susulan pandemik Covid-19 boleh didapati dalam karya Razak, yang juga dikenali sebagai Bapa Pembangunan Malaysia. Anak lelaki beliau Najib kemudiannya menjadi perdana menteri Malaysia keenam. Jayasooria, yang juga bekas profesor di Universiti Kebangsaan Malaysia berkata, Buku Merah memperkenalkan rangka tindakan untuk pembangunan tempatan, manakala Buku Hijau pula memfokus kepada pertanian dan keselamatan makanan. “Buku ini menyebut bahawa kekuatan sesebuah negara terletak pada akar umbi dan masyarakat tempatan, bukan di koridor kuasa di ibu negara,” katanya. Beliau mencadangkan penubuhan pasukan pelbagai kaum dan bidang terdiri daripada kerajaan, parti politik, NGO dan masyarakat tempatan untuk melaksanak

Wanita terberanak di pusat pengundian

Image
Gambar hiasan MAMUJU: Seorang wanita tidak menyangka sakit perut yang dialaminya merupakan petanda untuk dia melahirkan anak. Wanita berusia 27 tahun yang dikenali sebagai Nani itu dilaporkan melahirkan anak ketiganya di pusat pengundian (TPS) di Anjoro Pitu, Kamopung Rimuku, Mamuju, Sulawesi Barat. Lapor Kompas.com, ketika kejadian, wanita itu dibantu oleh beberapa pegawai wanita yang sedang membuat persiapan di TPS berkenaan. “Malam sebelum hari pengundian, saya mula rasa sakit perut namun menyangka itu adalah sakit biasa.  “Keesokan harinya, saya beratur di TPS dan sakit perut menjadi semakin teruk sehingga saya di bawa masuk ke dalam dewan dan akhirnya melahirkan anak,” katanya. Penduduk tempatan memaklumkan proses kelahiran itu berjalan lancar dan ibu serta bayi berada dalam keadaan sihat. Sementara itu, selepas dua jam melahirkan bayi, Nani kembali ke TPS untuk menunaikan tanggungjawabnya sebagai pengundi.

Dewan Rakyat lulus usul pengurangan peruntukan Jasa

Image
 Persidangan Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul pengurangan peruntukan bagi perluasan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) berjumlah RM45 juta daripada RM81.5 juta seperti yang diperuntukkan dalam Belanjawan 2021. Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun mengumumkan usul itu dipersetujui dengan suara majoriti selepas dibahas enam Ahli Parlimen masing-masing tiga daripada blok pembangkang dan penyokong kerajaan. Usul itu dicadang Timbalan Menteri Kewangan Datuk Abd Rahim Bakri sebelum giliran perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM). Beliau mengemukakan usul pindaan terhadap peruntukan berjumlah RM164,151,656,800 kepada RM164,106,656,800 dalam Fasal 2 Rang Undang-Undang Perbekalan 2021. “Pindaan ini berbangkit daripada pengurangan jumlah wang yang diperuntukkan bagi maksud mengurangkan sebanyak RM45 juta daripada jumlah yang diperuntukkan di bawah butiran perluasan Jasa Kementerian Komunikasi dan Multim

Khasiat semulajadi bunga lawang

Image
Bunga Lawang merupakan sejenis rempah yang banyak digunakan dalam masakan Melayu. Bunga lawang berbentuk kelopak bunga dan mempunyai bau yang wangi dan kuat. Bunga lawang sering dijadikan rempah untuk menyedapkan makanan. Malah, minyak dari proses ekstrak wap bunga lawang turut dijadikan bahan perasa dalam minuman. Ia juga biasa dijadikan perasa untuk pelbagai jenis teh. Untuk kegunaan perubatan pula, di Asia ia digunakan untuk mengubati “colic” (angin) dan rheumatik (sakit sendi). Teh dari bunga lawang juga boleh dijadikan ubat batuk. Minyaknya juga boleh mengurangkan gejala muntah dan loya bagi ibu mengandung. Bunga lawang turut dijadikan bahan untuk mengurangkan sakit gigi berlubang. Caranya: Tumbuk halus beberapa kuntum bunga cengkih, bunga lawang, asam gelugur, halia dan lada. Kemudian, sumbatkan campuran tersebut ke dalam gigi yang berlubang. Sakit gigi akan reda dan beransur pulih. Namun begitu, harus diingat, tubuh manusia tidak sama dan sekiranya terdapat masalah yang lebih te

Rakyat Malaysia mulai suka makan sawi, timun, bayam

Image
  Meskipun tomato masih lagi kekal sebagai sayur yang paling tinggi dimakan oleh rakyat negara ini, namun, jumlahnya semakin merosot berbanding tahun sebelumnya. Sebaliknya, laporan Indikator Pertanian Terpilih 2020 yang diterbitkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) baru-baru ini mendedahkan bahawa sawi semakin digemari di negara ini. Turut tidak ketinggalan ialah timun dan bayam yang menyaksikan peningkatan signifikan sepanjang tahun 2019 berbanding rekod pengeluaran yang dicatatkan pada 2018 dan 2017. Menurut data tersebut, sawi merekodkan 145,427 tan metrik pengeluaran pada tahun lepas daripada hanya 128,742 tan metrik pada 2018 dan 142,764 tan metrik pada 2017 lalu. Sementara bayam yang sering dikaitkan sebagai makanan ikon kartun Barat popular, Popeye mencatatkan 77,761 tan metrik pada 2019 berbanding 72,308 (2018) dan 71,180 (2017). Tidak dilupakan ialah timun yang lazim dijadikan snek salad, menyaksikan sepanjang tahun lepas dengan pengeluarannya 103,363 tan me

Budak 12 tahun didakwa liwat anak saudara usia 4 tahun

Image
  PASIR MAS: Polis menahan seorang budak lelaki berusia 12 tahun kerana disyaki meliwat anak saudaranya dalam kejadian di sebuah rumah kedai di Kampung Gajah Mati, di sini Selasa lalu. Kejadian disedari pengasuh mangsa selepas mendapati kanak-kanak yang berusia empat tahun itu mengadu sakit pada bahagian punggung sehingga menyebabkan dia tidak boleh duduk. Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Shafien Mamat berkata, pengasuh segera memberitahu ibu mangsa yang berusia 30 tahun ketika dia datang menjemput anaknya kira-kira pukul 5.30 petang. Menurutnya, mangsa turut mengadu mengenai kejadian itu kepada pengasuhnya. “Mangsa kemudian dibawa oleh ibunya yang bekerja sebagai peniaga ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu untuk pemeriksaan lanjut. “Suspek merupakan bapa saudara mangsa yang tinggal bersama keluarga mangsa sejak setahun lalu selepas kematian ibunya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Shafien berkata, ibu mangsa kemudian membuat laporan di Ibu peja

Mayat Naib Ketua Armada BERSATU Kota Tinggi ditemukan

Image
  MOHD Zulfikrie Buang KOTA TINGGI: Mayat Naib Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Kota Tinggi, yang tergelincir di jeti nelayan, Tanjung Balau di sini, petang semalam, ditemukan hari ini. Dalam kejadian sekitar 5 petang semalam, Mohd Zulfikrie Buang, 24, tergelincir akibat licin berikutan cuaca hujan ketika membaiki jeti nelayan. Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Bandar Penawar, Penolong Penguasa Bomba Mohd Fadli Ismail, berkata jenazah Mohd Zulfikrie ditemui kira-kira 3 petang oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dalam operasi sejak 7 pagi tadi. "Jenazah Allahyarham ditemukan di celahan batu kira-kira 500 meter daripada tempat mangsa tergelincir," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. Mohd Fadli dilaporkan berkata, bomba menerima panggilan kejadian itu pada 5.04 petang, sebelum sembilan anggota dan sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian. "Mangsa dikhuatiri lemas dipercayai ter

Hafizh terkejut KIP umum mahu bersara

Image
Keputusan pelumba Moto3 negara Khairul Idham Pawi (KIP) untuk bersara mengejutkan ramai pihak. Keputusan pelumba Moto3 negara Khairul Idham Pawi (KIP) untuk bersara daripada sukan permotoran adalah perkara di luar jangka kerana beliau masih berpotensi untuk pergi lebih jauh di pentas antarabangsa. Rakan seperjuangan yang juga pelumba Moto2 negara Hafizh Syahrin Abdullah berkata agak terkejut dengan keputusan dibuat pelumba berusia 22 tahun yang pernah menjuarai kategori Moto3 bersama pasukan Honda Team Asia pada Grand Prix (GP) Argentina dan GP Jerman pada 2016.

曾交孟加拉男友 少女離家急壞母親

Image
來自檳城一名20歲少女離家出走已有4天,其單親母親希望女兒見報後,盡速與家人聯絡。 20歲的林詩軒於本月6日下午3時左右,在柔佛的Mid Valley 廣場向一對華裔男女求助後,自行乘坐電召車離家,至今下落不明。 林詩軒失蹤當天身穿藍色長袖上衣及長褲,身上沒有攜帶身份證、錢包及換洗衣服等。 其母親許佳霖(46歲)接受《光明日報》訪問時指出,女兒於2018年5月前往柔佛讀書,在這期間通過微信認識一名居住在吉隆坡的25歲孟加拉籍男友。 “今年7月,該男子返回孟加拉後,就與女兒分手,之後兩人不再聯絡。” 她說,女兒之後返回檳城待業,在這期間也結識不同國籍的朋友,而讓她擔心女兒會誤入歧途,因此,多次勸告女兒,但每次女兒都當耳邊風。 “經過朋友介紹,我在2週前將女兒送往柔佛青年中心,希望她可以變乖一些。” 她說,女兒失蹤當天下午12時許,還與女兒通電話,當時女兒向她哭訴,指媽媽對她不好。 “之後下午4時許,該青年中心負責人致電告知女兒失蹤,並前往警局報案。” 她說,女兒失蹤後,她每天茶飯不思,因此,希望女兒見報後快點回家,或民眾有任何情報可以前往附近警局報案及聯絡013-4178355。 該青年中心負責人溫小姐說,事發當天該中心趁著聖誕節前往Mid Valley廣場拍照,之後林詩軒告知要前往一間商店看包包,並趁大家不留意時逃跑。

PAS biadap terhadap Sultan Perak sama macam PKR-DAP biadap terhadap Sultan Selangor - Datuk Raja Kamarul Bahrin

Image
Pas disifatkan biadab kerana membatalkan rancangan menghantar tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu mengadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta, petang semalam. Pengerusi Parti Amanah Negara (PAN) negeri, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata, walau apa jua alasan diberikan pucuk pimpinan parti itu, namun, jelas menggambarkan sikap angkuh mereka terhadap institusi raja-raja. “Bagi saya ini tindakan biadab dan kurang ajar kerana Tuanku telah berkenan menerima menghadap wakil-wakil Pas. “Namun, Pas memilih untuk lebih wala’ kepada parti daripada menghormati Sultan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. Tiga ADUN Pas iaitu Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria (Gunung Semanggol), Mohd. Akmal Kamaruddin (Selama) dan Khalil Yahaya (Kubu Gajah) sepatutnya mengadap Sultan Perak pada pukul 3 petang semalam namun membatalkannya difahamkan setelah mendapat arahan pucuk pimpinan parti. Bagaimanapun, ketiga-tiga ADUN itu dikatakan menghadap

PPBM, PAS, UMNO, Krisis Politik Perak, Menteri Besar,

Image
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bersatu dan Pas Perak akur keputusan parti peringkat pusat yang bersetuju menyokong calon yang dikemukakan UMNO, Datuk Saarani Mohammad sebagai Menteri Besar Perak yang baharu. Berikutan itu empat daripada lima ADUN Bersatu, tiga ADUN Pas dan seorang ADUN Bebas serta seorang dari Gerakan telah menandatangani akuan bersumpah (SD) bagi menyokong pelantikan Saarani yang merupakan Pengerusi UMNO Perak. ADUN Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin berkata, semua mereka telah menyerahkan akuan bersumpah berkenaan kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah. Menurutnya, mereka membuat keputusan itu berdasarkan persefahaman yang diambil di peringkat pusat oleh presiden parti Bersatu, Pas dan UMNO. “Itulah keputusan yang kami sembah maklumkan kepada Sultan Perak. “Ini juga arahan yang diberikan oleh Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu selaku Pengerusi Bersatu Perak dan menyatakan sokongan terhadap keputusan presiden-presiden parti dalam Perikatan Nasional