Posts

Showing posts with the label Langkah Perak

ADUN Bersatu, Pas dipanggil menghadap Sultan Perak

Image
IPOH – Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Pas dipanggil menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini. Ahli Dewan Negara Perak, Datuk Seri Annuar Zaini berkata, kesemua mereka dipanggil menghadap Sultan Perak bagi mempersembahkan sokongan mereka terhadap nama Menteri Besar baharu yang dicalonkan UMNO hari ini melalui Presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari ini. “Pagi ini Presiden UMNO dan Pengerusi UMNO Perak telah menghadap Tuanku Sultan untuk memaklumkan status terkini dan baginda menerima status tersebut. Bagaimanapun, perkara tersebut perlu dibuktikan terlebih dahulu. “Oleh sebab itu, Tuanku Sultan menitahkan semua ADUN daripada PPBM dan Pas untuk datang menghadap baginda bila-bila masa pada hari ini,” katanya ketika ditemui pemberita di luar Istana Kinta di sini hari ini. Tambah Annuar, istiadat mengangkat sumpah Menteri Besar Perak akan dilaksakan selepas Sultan Nazrin yakin ada majoriti mudah da

Susulan ‘Langkah Perak’, masa depan Muafakat Nasional penuh persoalan

Image
Adakah nasib Muafakat Nasional di hujung tanduk? Persoalan ini timbul susulan kenyataan terbaru PPBM lewat malam semalam mengenai penyingkiran timbalan presiden parti itu sebagai menteri besar Perak oleh Umno. Setiausaha Agung PPBM, Hamzah Zainudin, berkata parti itu akan meningkatkan kerjasama dengan PAS melalui Perikatan Nasional (PN) demi “kestabilan politik peringkat nasional dan negeri”. Beliau tidak merujuk langsung kepada kerjasama dengan UMNO, mahu pun Muafakat Nasional yang menggabungkan PPBM, PAS, dan Umno dalam kenyataan itu. Agak ketara PPBM amat marah dengan tindakan 24 daripada 25 Adun Umno menolak usul percaya terhadap terhadap Ahmad Faizal Azumu di DUN Perak Jumaat lalu, sekali gus memaksanya meletak jawatan sebagai MB. Ada yang bertanggapan kemarahan itu reda berikutan perkembangan di Johor dua hari kemudian. Meskipun berpeluang mencantas MB daripada Umno, Hasni Mohamad, 13 ADUN PPBM dan PAS mendokong Belanjawan Johor 2021, sekali gus membolehkan ia diluluskan sebulat