Pendekatan Buku Merah dan Hijau Tun Razak untuk kejayaan pemulihan pasca Covid
Seorang pakar sosiologi menggesa Putrajaya supaya merujuk kepada pendekatan pembangunan yang diperkenalkan perdana menteri Malaysia kedua, Abdul Razak Hussein dalam Buku Merah dan Buku Hijau. Denison Jayasooria, pakar dalam kajian kemiskinan berkata, laluan pemulihan ekonomi Malaysia susulan pandemik Covid-19 boleh didapati dalam karya Razak, yang juga dikenali sebagai Bapa Pembangunan Malaysia. Anak lelaki beliau Najib kemudiannya menjadi perdana menteri Malaysia keenam. Jayasooria, yang juga bekas profesor di Universiti Kebangsaan Malaysia berkata, Buku Merah memperkenalkan rangka tindakan untuk pembangunan tempatan, manakala Buku Hijau pula memfokus kepada pertanian dan keselamatan makanan. “Buku ini menyebut bahawa kekuatan sesebuah negara terletak pada akar umbi dan masyarakat tempatan, bukan di koridor kuasa di ibu negara,” katanya. Beliau mencadangkan penubuhan pasukan pelbagai kaum dan bidang terdiri daripada kerajaan, parti politik, NGO dan masyarakat tempatan untuk melaksanak...