PPBM, PAS, UMNO, Krisis Politik Perak, Menteri Besar,
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bersatu dan Pas Perak akur keputusan parti peringkat pusat yang bersetuju menyokong calon yang dikemukakan UMNO, Datuk Saarani Mohammad sebagai Menteri Besar Perak yang baharu. Berikutan itu empat daripada lima ADUN Bersatu, tiga ADUN Pas dan seorang ADUN Bebas serta seorang dari Gerakan telah menandatangani akuan bersumpah (SD) bagi menyokong pelantikan Saarani yang merupakan Pengerusi UMNO Perak. ADUN Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin berkata, semua mereka telah menyerahkan akuan bersumpah berkenaan kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah. Menurutnya, mereka membuat keputusan itu berdasarkan persefahaman yang diambil di peringkat pusat oleh presiden parti Bersatu, Pas dan UMNO. “Itulah keputusan yang kami sembah maklumkan kepada Sultan Perak. “Ini juga arahan yang diberikan oleh Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu selaku Pengerusi Bersatu Perak dan menyatakan sokongan terhadap keputusan presiden-presiden parti dalam Perikatan Nasional ...