Polis siasat wanita disyaki bantu pesakit COVID-19 lari
Empat wanita terbabit dipercayai pulang ke Indonesia melalui “laluan tikus” di sempadan Sarawak KUCHING: Polis Sarawak sedang menyiasat seorang wanita didakwa  membantu empat wanita Indonesia melarikan diri selepas mereka diuji  positif COVID-19 di sebuah hospital swasta di Sibu. Pesuruhjaya  Polis Sarawak Aidi Ismail berkata, wanita itu mendakwa tidak mengenali  warga asing terbabit dan hanya membantu mereka pulang ke kampung halaman  di Entikong, Kalimantan Barat, Indonesia. “Kami akan siasat kes  ini lebih lanjut dan mengambil keterangan wanita itu selepas dia selesai  menjalani kuarantin,” katanya kepada pemberita. Aidi berkata,  wanita itu diarah menjalani kuarantin kendiri oleh jabatan kesihatan  kerana mempunyai kontak rapat dengan empat kes positif. Beliau  berkata, siasatan awal mendapati empat wanita terbabit melakukan  perjalanan dari Sibu ke Serian pada Rabu dan dipercayai mereka pulang ke  Indonesia melalui “laluan tikus” di sempadan Sarawak- Kalimantan Barat  di Serian. A...