Posts

Showing posts with the label Sultan Perak

PAS biadap terhadap Sultan Perak sama macam PKR-DAP biadap terhadap Sultan Selangor - Datuk Raja Kamarul Bahrin

Image
Pas disifatkan biadab kerana membatalkan rancangan menghantar tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu mengadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Istana Kinta, petang semalam. Pengerusi Parti Amanah Negara (PAN) negeri, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad berkata, walau apa jua alasan diberikan pucuk pimpinan parti itu, namun, jelas menggambarkan sikap angkuh mereka terhadap institusi raja-raja. “Bagi saya ini tindakan biadab dan kurang ajar kerana Tuanku telah berkenan menerima menghadap wakil-wakil Pas. “Namun, Pas memilih untuk lebih wala’ kepada parti daripada menghormati Sultan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. Tiga ADUN Pas iaitu Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria (Gunung Semanggol), Mohd. Akmal Kamaruddin (Selama) dan Khalil Yahaya (Kubu Gajah) sepatutnya mengadap Sultan Perak pada pukul 3 petang semalam namun membatalkannya difahamkan setelah mendapat arahan pucuk pimpinan parti. Bagaimanapun, ketiga-tiga ADUN itu dikatakan menghadap ...