Posts

Showing posts with the label SPRM

Cap palsu: Lapan pegawai imigresen akan didakwa enam mahkamah

Image
Seramai lapan pegawai Jabatan Imigresen yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerusi Op Selat bulan lepas akan didakwa di enam mahkamah berasingan pada esok dan Rabu ini. Menurut sumber, mereka akan dituduh atas kesalahan menerima wang sogokan setelah memperakukan cap keluar dan masuk pasport warga asing tanpa perlu keluar Malaysia. Sumber memberitahu, esok masing-masing dua pegawai imigresen akan dituduh di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Kelantan dan Mahkamah Sesyen Johor Bahru, Johor manakala masing-masing seorang di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang, Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor dan Mahkamah Sesyen Melaka. Seorang daripada mereka pula akan dituduh pada Rabu di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, Terengganu. Pada 16 Nov lepas, SPRM telah menjalankan satu operasi khas dengan kerjasama Jabatan Imigresen yang berjaya melumpuhkan aktiviti rasuah melibatkan sindiket yang menyalahgunakan pengesahan cap keluar dan masuk sempadan utama negara. — Bernama

Datuk Tan dari kena dakwa jadi saksi pendakwaan Ku Nan

Image
Ahli parlimen UMNO Ku Nan dilepas tanpa dibebas kes rasuah RM1 juta hari ini setelah Peguam Negara arahkan pendakwa raya tarik balik pertuduhan akibat "perkembangan baru yang melibatkan seorang saksi utama". Kes yang dimulakan oleh Tommy Thomas di bawah Gagalkrasi PH ini amat pelik. Pada permulaannya, seorang developer bernama Datuk Tan Eng Boon didakwa bersama Ku Nan di atas tuduhan Datuk Tan memberi rasuah RM1 juta kepada Ku Nan. Masa itu, Datuk Tan mengaku tidak bersalah dan tegas bahawa ianya derma politik untuk digunakan dalam dua PRK (Kuala Kangsar dan Sungai Besar) yang sedang dihadapi BN masa itu. Namun selepas itu, pendakwa raya di bawah Tommy masa itu memberi deal kepada Datuk Tan. Akan tetapi apabila kes ini mula dibicarakan di Mahkamah pada bulan September 2019 lalu, Datuk Tan tiba-tiba menukar pengakuan dia. Dia kini mengaku bersalah memberi rasuah RM1 juta kepada Ku Nan. Hakim (yang juga hakim sama untuk kes SRC saya) pun menjatuhkan hukuman ke atas Datuk Tan. D