Posts

Showing posts from September, 2022

Waktu dilarang berziarah apatah lagi bertandang untuk membawang

Image
Waktu-waktu yang dilarang berziarah apa tah lagi bertandang untuk membawang..  1. Sebelum tiba waktu Subuh 2. Pada waktu tengah hari (Zohor) 3. Selepas solat isyak Ini adalah seperi Firman Allah SWT dalam surah an-Nur ayat 58: Bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah hamba-hamba kamu dan orang-orang yang belum baligh dari kalangan kamu, meminta izin kepada kamu (sebelum masuk ke tempat kamu), dalam tiga masa (iaitu) sebelum sembahyang Subuh, dan ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengah hari, dan sesudah solat Isya', itulah tiga masa bagi kamu (yang biasanya terdedah aurat kamu padanya). Kamu dan mereka tidaklah bersalah kemudian daripada tiga masa yang tersebut, (kerana mereka) orang-orang yang selalu keluar masuk kepada kamu, dan kamu masing-masing sentiasa berhubung rapat antara satu dengan yang lain. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayat-Nya (yang menjelaskan hukum-hukum-Nya) dan (Ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksan

Lagenda Buaya Putih Kuala Kubu - Kubur Cecil Ranking

Image
Cecil Ranking, Magistrate dan Tax Collector Officer yang dikatakan menembak buaya putih di Kuala Kubu (Lama) mati ketika banjir akibat ampangan yang menempatkan buaya putih pecah. Pemuda Melayu telah meminta beliau meninggalkan rumah menyelamatkan diri tetapi beliau enggan keluar dari rumah, Yang ditemui hanya tangan beliau tersangkut diatas pokok dan ditanam di Gereja bersebelahan rest house (rumah rehat Kerajaan) dan Planters Club tempat mabuk-mabuk ketika zaman penjajah. Bangunah telah diruntuhkan untuk pembinaan Masjid Daerah Hulu Selangor. Rumah Rehat Kerajaan masih wujud sehingga tahun 70an dan dirobohkan untuk meluaskan kawasa masjid pembinaan Sekolah Rendah Agama. Sekarang ini kubur Cecil Ranking telah dipindahkan berdekatan Taman Melinium, Kuala Kubu Bharu. Yang masih tinggal di pintu masuk Masjid Ar-Rahimah itu tugu peringatan Cecil Ranking.

Steamed tauhu & telur

Image
Tauhu, yang berasal dari China, diperbuat daripada susu soya pekat yang ditekan menjadi bongkah putih pepeja, proses yang serupa dengan pembuatan keju. Nigari, koagulan kaya mineral yang tertinggal selepas garam diekstrak daripada air laut, digunakan untuk membantu tauhu memejal dan mengekalkan bentuknya. Mengandungi banyak khasiat Tauhu kaya dengan protein dan mengandungi semua asid amino penting yang diperlukan oleh badan anda. Ia juga menyediakan lemak, karbohidrat, dan pelbagai jenis vitamin dan mineral. Sumber: https://fdc.nal.usda.gov/fdc-app.html#/food-details/172475/nutrients Satu hidangan 100 gram tauhu yang padat tinggi kalsium memeberi: Calories: 144 Protein: 17 grams Carbs: 3 grams Fiber: 2 grams Fat: 9 grams Calcium: 53% of the Daily Value (DV) Manganese: 51% of the DV Copper: 42% of the DV Selenium: 32% of the DV Vitamin A: 18% of the DV Phosphorus: 15% of the DV Iron: 15% of the DV Magnesium: 14% of the DV Zinc: 14% of the DV DV = Keperluan Harian Tauhu rendah kalori tet

Rendang kerang....

Image
Aku pernah berniaga kedai makan. Untuk sarapan pagi aku tempah dari kawan Hairi Abdullah yg kerja di pejabat Penerangan Hulu Selangor rendang kerang untuk layan kehendak pelanggan.  Nak charge berapa pun susah.  Aku anggap rendang kerang ni pemanggil pelanggan bukan ambil untung darinya.  Ini juga marketing strategi, jgn semua nak pulun ambil margin tapi pelanggan tak ada.

OPR & Inflasi

Image
Tulisannya panjang lebar tapi apa nak disampaikan kenaikan OPR hanya kerana nak kawal inflasi.. Itu sahaja. Usah merapu kaitkan OPR dengan Alien, UFO dsbnya. ...... 1998 mungkin ramai yang belum bersunat. Masa tu serangan matawang Asia oleh Soros. Ekonomi dunia tak terkesan dan sedang rancak. Masih mengimport dengan banyak komoditi Malaysia.  Pro Cons tambat ringgit, eksport tak dapat menafaat, pelabur tak yakin tapi tambat ringgit diperlukan masa itu kerana kejatuhan Ringgek kerana SERANGAN MATAWANG yg hanya melibatkan beberapa negara di Asia. Interest rate tinggi dicadangkan oleh Anwar Ibrahim yang berkelulusan BA tanpa Hns Pengajian Melayu atas nasihat punaisihat dia untuk menggalakkan rakyat menabung kononnya, sedangkan kita perlu Ringgit berlegar dalam pasaran untuk pemulihan ekonomi dengan cepat. Apa yg di lakukan Anwar sebagai Menteri kewangan menaikkan kadar faedah sehingga 11% menyebabkan banyak perniagaan collapse. Apa yg dulakukan Anwar tiada kaitan dasar monetary keperluan

3 Tanda Bila Kucing Datang Minta Makan Kepada Kita Bukan Orang Lain

Image
Bila kita makan di kedai makan, tiba-tiba ada kucing datang minta makanan dengan kita. Kenapa tak pada orang lain? Saya biasa alami situasi ini, saya dapat rungkaikan. 3 tanda apabila kucing datang kepada kita bukan orang lain,  Pertama  Allah sedang beritahu makanan kita, hak kita itu bukan semuanya rezeki kita. Sebahagiannya rezeki kucing itu. Sebab itu ia datang pada kita.  Kedua  Allah sedang beritahu apabila kita memberi makanan kepada kucing itu, rezeki lain akan Allah ganti yang lebih baik. Sebab 1 kebaikan itu Allah balas 10 kebaikan @ pahala. Allah Maha Mampu bagi lebih dari itu.  Ketiga  Allah sedang bagi tahu apabila kita tak memberi makanan kepada kucing itu, sebenarnya kita sedang menolak rezeki baru yang Allah nak bagi kepada kita. Rezeki itu luas, bukan hanya pada wang. Tetapi meliputi semua kehidupan. Ingin ikhlas memberi, berilah pada haiwan kerana haiwan tak pandai ucap terima kasih kepada kita. Ia hanya tahu minta dan makan. 

Sacha Inchi

Image
Pokok sacha inchi dari akar hingga pucuk banyak manfaat dan boleh dimakan STAR SEED(sachainchi) mengandungi MINYAK yang sangat bernilai. Kaedah yang digunakan untuk hasilkan minyak ini dengan kaedah perahan sejuk.(cold press). Harga minyak ini tersangat la mahal. Kaya dengan OMEGA 3 yang lebih tinggi berbanding dgn kandungan omega dalam ikan dan juga jenis-jenis pokok yang lain. Nisbah Omega seperti berikut OMEGA 3,6,9 •Omega 3(48%) •Omega 6(35%) •Omega 9(9%) Antara kandungan lain yg terdapat dalam SACHA INCHI, iaitu minyak ni kaya dengan Essential Amino Acids, Alpha Linoleic Acids (ALA) dan juga Fatty Acids. Kelebihan ini dapat membantu merawat dan mencegah masalah-masalah utama yang dihadapi oleh setiap tubuh badan. Menurut RISDA permintaan terhadap minyak ini sangat tinggi diperingkat antarabangsa. Kegunaan terutamanya untuk produk kesihatan dan kecantikan ANTARA KHASIAT YANG TERDAPAT DALAM SACHA INCHI. 🌸Membantu mencegah dan meningkatkan kesihatan jantung serta melancarkan pengali

10 menafaat kesihatan kailan

Image
10 menafaat kesihatan dengan menambah lebih banyak Kailan dalam diet  1. Sangat bagus untuk penghadaman. Sayuran berdaun hijau berserat, kailan bagus untuk membantu penghadaman dan eliminasi.  Jangan buang batangnya, yang merupakan sumber yang kaya prebiotik, yang merupakan makanan untuk mikrobiom anda. 2. Tinggi kandungan zat besi. Zat besi sangat penting untuk kesihatan, terutama bagi wanita, karena membantu pembentukan hemoglobin dan enzim, mengangkut oksigen ke berbagai bagian tubuh, membantu pertumbuhan sel, fungsi hati yang bersesuaian, dan banyak lagi.  Ingin meningkatkan jumlah zat besi kailan lebih tingg lagi?  Masak dalam alatan memasak besi, dan diganding dengan makanan yang kaya vitamin C. 3. Tinggi kandungan Vitamin K1 Vitamin K1 dikenali sebagai vitamin 'pembekuan' kerana ia membantu memastikan mekanisme pembekuan darah badan berfungsi dengan sihat.  Vitamin K2, mengaktifkan 17 protein.  Sebagai contoh, vitamin K2 mengaktifkan protein yang dipanggil osteocalcin, y

Psikologi aroma tubuh dan daya tarikan

Image
Ada yang mungkin Tidak setuju, tetapi sains mengatakan kita tertarik dengan aroma tubuh. Pheromones (oxytocin), juga dirujuk sebagai "hormon cinta," apabila terdapat tarikan - menyebabkan seseorang tertarik kepada aroma tubuh seseorang...  Bila tak pernah terbau aroma tubuh dia, macamana aku nak rasa rindu sebab dah tentu dia tak ada perasaan 😀 'Body scents @ musk' dari penghasilan pheromones dikaitkan dengan 'positive feelings  & memories'. Mengapa kita suka mencium bayi? Pengalaman & penilaian kita berbeza².

Khasiat labu

Image
Satu cawan see (245 gram) labu mengandungi  Calories: 137 Protein: 3 grams Fat: 7 grams Carbs: 19 grams Fiber: 7 grams Vitamin A: 209% of the Daily Value (DV) Vitamin K: 37% of the DV Copper: 28% of the DV Vitamin E: 22% of the DV Iron: 18% of the DV Magnesium: 13% of the DV Riboflavin: 10% of the DV Vitamin B6: 10% of the DV Vitamin C: 10% of the DV Potassium: 10% of the DV DV = Keperluan Harian Antara menafaat kesihatan labu: - Immuniti tubuh - Kesihatan mata - Kesihatan kulit - Kesihatan jantung - Kesihatan metabolik