Posts

Showing posts with the label Zul Mee Kari

Tukar hidangan nasi dengan Mi Kari - D'Famous Zul Mee Kari

Image
Berikan sedikit kelainan dalam menu harian hari ini. Selain nasi, apa kata mi kari tengahari ini. Masakan mi sememangnya sinonim dalam hidangan di negara Asia selepas makanan ruji iaitu nasi. Bukan sahaja merupakan sumber karbohidrat yang bagus, malah mi juga amat mudah untuk disediakan. Anda hanya perlu membeli mi di pasar, cuci dan celur. Sesuai sekali bagi mereka yang ingin menjimatkan masa di dapur. Walau bagaimanapun, mi kuning kadang-kala mempunyai rasa kapur yang tidak menyelerakan. Perkara ini terjadi akibat dari cara masakan mi tersebut. Untuk mengelakkan dari perkara ini berlaku kepada anda, didihkan mi kuning sehingga timbul buih-buih dan permukaan air menjadi putih. Langkah ini akan memastikan rasa kapur hilang dari mi. Seterusnya, rendamkan mi ke dalam air sejuk dan campurkan dengan ais untuk menghentikan proses masakan. Mi kuning juga sedap dibuat mi kari. Jom, kita lihat resepi mi kari yang mudah dan sedap. Bahan-bahan : 100g udang bersaiz sederhana 100g sotong bersaiz s...