Kementerian Kesihatan mengenalpasti enam kluster baru membabitkan Selangor, Sabah, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Johor. Kluster berkenaan adalah Tapak Bina Lebih di Sepang, Selangor; Kluster Sugud di daerah Penampang dan Papar, Sabah; Kluster Tapak Bina Jalan Tengah di Kuala Lumpur; Kluster Persiaran Heights di Seremban, Negeri Sembilan; Kluster Tembok Gajah di Kluang, Johor dan Utama Rini di daerah Johor Bahru, Kulai dan Pontian, Johor. Memperincikan kluster berkenaan, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Kluster Tapak Bina Lebuh membabitkan tempat kerja dengan kes indeks dilapor positif pada 15 Dis melalui saringan tempat kerja. “Sehingga hari ini, seramai 285 individu disaring dengan 20 kes dilapor positif,” katanya dalam kenyataan. Mengenai Kluster Sugud, Hisham berkata, seramai 26 kes dikesan positif sementara Kluster Tapak Bina Jalan Tengah yang dikesan di Lembah Pantai, Kuala Lumpur melaporjan 11 kes positif. Kluster berikutnya, Persiaran Hei...
Posts
Showing posts with the label KKM