Posts

Showing posts with the label Jenayah

Rogol kanak-kanak 12 tahun: Reman 10 remaja dilanjutkan

Image
KEMAMAN: Perintah tahan reman kesemua 10 remaja lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan kes rogol murid tahun enam di dua buah rumah di daerah ini dilanjutkan empat hari lagi, bermula esok. Perintah itu dikeluarkan  Pendaftar Mahkamah Sesyen Kemaman, Masni Hajar Ghazali di sini hari ini bagi melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.  Terdahulu, suspek yang berusia antara 13 tahun hingga 19 tahun tiba di pekarangan mahkamah berkenaan kira-kira pukul 9.24 pagi.  Kesemua mereka ditahan reman lima hari bermula Rabu lepas.  Dalam kejadian pada 6 hingga 7 Disember lalu, kanak-kanak berusia 12 tahun itu mendakwa dirogol 10 lelaki termasuk seorang kenalannya yang baru dikenali dua hari menerusi aplikasi WhatsApp.  Kejadian terbongkar selepas mangsa yang tidak pulang ke rumah selama dua hari, didesak ahli keluarganya menceritakan keadaan sebenar sebelum membuat laporan polis.  Hasil pemeriksaan di Hospital Kemaman  mengesahkan terdapat kesa...

Cap palsu: Lapan pegawai imigresen akan didakwa enam mahkamah

Image
Seramai lapan pegawai Jabatan Imigresen yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerusi Op Selat bulan lepas akan didakwa di enam mahkamah berasingan pada esok dan Rabu ini. Menurut sumber, mereka akan dituduh atas kesalahan menerima wang sogokan setelah memperakukan cap keluar dan masuk pasport warga asing tanpa perlu keluar Malaysia. Sumber memberitahu, esok masing-masing dua pegawai imigresen akan dituduh di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Kelantan dan Mahkamah Sesyen Johor Bahru, Johor manakala masing-masing seorang di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang, Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor dan Mahkamah Sesyen Melaka. Seorang daripada mereka pula akan dituduh pada Rabu di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, Terengganu. Pada 16 Nov lepas, SPRM telah menjalankan satu operasi khas dengan kerjasama Jabatan Imigresen yang berjaya melumpuhkan aktiviti rasuah melibatkan sindiket yang menyalahgunakan pengesahan cap keluar dan masuk sempadan utama negara. ā€” Bernama

ę›¾äŗ¤å­ŸåŠ ę‹‰ē”·å‹ å°‘å„³é›¢å®¶ę€„å£žęƍč¦Ŗ

Image
來č‡ŖęŖ³åŸŽäø€å20ę­²å°‘å„³é›¢å®¶å‡ŗčµ°å·²ęœ‰4天ļ¼Œå…¶å–®č¦Ŗęƍč¦ŖåøŒęœ›å„³å…’č¦‹å ±å¾Œļ¼Œē›”é€Ÿčˆ‡å®¶äŗŗčÆēµ”怂 20ę­²ēš„ęž—č©©č»’ę–¼ęœ¬ęœˆ6ę—„äø‹åˆ3ę™‚å·¦å³ļ¼ŒåœØęŸ”ä½›ēš„Mid Valley 廣堓向äø€å°čÆč£”ē”·å„³ę±‚助後ļ¼Œč‡Ŗč”Œä¹˜åé›»å¬č»Šé›¢å®¶ļ¼Œč‡³ä»Šäø‹č½äøę˜Žć€‚ ęž—č©©č»’å¤±č¹¤ē•¶å¤©čŗ«ē©æč—č‰²é•·č¢–äøŠč”£åŠé•·č¤²ļ¼Œčŗ«äøŠę²’ęœ‰ę”œåø¶čŗ«ä»½č­‰ć€éŒ¢åŒ…åŠę›ę“—č”£ęœē­‰ć€‚ 其ęƍč¦Ŗčر佳霖ļ¼ˆ46ę­²ļ¼‰ęŽ„å—ć€Šå…‰ę˜Žę—„å ±ć€‹čØŖå•ę™‚ęŒ‡å‡ŗļ¼Œå„³å…’ę–¼2018幓5ęœˆå‰å¾€ęŸ”ä½›č®€ę›øļ¼ŒåœØé€™ęœŸé–“é€šéŽå¾®äæ”čŖč­˜äø€åå±…住åœØ吉隆坔ēš„25ę­²å­ŸåŠ ę‹‰ē±ē”·å‹ć€‚ ā€œä»Šå¹“7꜈ļ¼Œč©²ē”·å­čæ”å›žå­ŸåŠ ę‹‰å¾Œļ¼Œå°±čˆ‡å„³å…’åˆ†ę‰‹ļ¼Œä¹‹å¾Œå…©äŗŗäøå†čÆēµ”怂ā€ 儹čŖŖļ¼Œå„³å…’之後čæ”回ęŖ³åŸŽå¾…ę„­ļ¼ŒåœØé€™ęœŸé–“ä¹Ÿēµč­˜äøåŒåœ‹ē±ēš„ęœ‹å‹ļ¼Œč€Œč®“å„¹ę“”åæƒå„³å…’ęœƒčŖ¤å…„ꭧ途ļ¼Œå› ę­¤ļ¼Œå¤šę¬”å‹ø告儳兒ļ¼Œä½†ęÆę¬”å„³å…’éƒ½ē•¶č€³é‚Šé¢Ø怂 ā€œē¶“éŽęœ‹å‹ä»‹ē“¹ļ¼Œęˆ‘åœØ2é€±å‰å°‡å„³å…’é€å¾€ęŸ”ä½›é’å¹“äø­åæƒļ¼ŒåøŒęœ›å„¹åÆä»„č®Šä¹–äø€äŗ›ć€‚ā€ 儹čŖŖļ¼Œå„³å…’å¤±č¹¤ē•¶å¤©äø‹åˆ12Ꙃčرļ¼Œé‚„čˆ‡å„³å…’é€šé›»č©±ļ¼Œē•¶ę™‚儳兒向儹哭čØ“ļ¼ŒęŒ‡åŖ½åŖ½å°å„¹äøå„½ć€‚ ā€œä¹‹å¾Œäø‹åˆ4Ꙃčرļ¼Œč©²é’幓äø­åæƒč² č²¬äŗŗč‡“é›»å‘ŠēŸ„å„³å…’å¤±č¹¤ļ¼Œäø¦å‰å¾€č­¦å±€å ±ę”ˆć€‚ā€ 儹čŖŖļ¼Œå„³å…’å¤±č¹¤å¾Œļ¼Œå„¹ęÆå¤©čŒ¶é£Æäøę€ļ¼Œå› ę­¤ļ¼ŒåøŒęœ›å„³å…’č¦‹å ±å¾Œåæ«é»žå›žå®¶ļ¼Œęˆ–ę°‘ēœ¾ęœ‰ä»»ä½•ęƒ…å ±åÆ仄前往附čæ‘č­¦å±€å ±ę”ˆåŠčÆēµ”013-4178355怂 č©²é’å¹“äø­åæƒč² č²¬äŗŗęŗ«å°å§čŖŖļ¼Œäŗ‹ē™¼ē•¶å¤©č©²äø­åæƒč¶č‘—聖čŖ•ēƀ前往Mid Valleyå»£å “ę‹ē…§ļ¼Œä¹‹å¾Œęž—č©©č»’å‘ŠēŸ„č¦å‰å¾€äø€é–“商åŗ—ēœ‹åŒ…包ļ¼Œäø¦č¶å¤§å®¶äøē•™ę„ę™‚é€ƒč·‘ć€‚

Anggota polis ugut pasangan tunang, cabul gadis dan rakam aksi ghairah

Image
KOTA BHARU: Dua anggota polis masing-masing berpangkat lans koperal dan konstabel ditahan kerana disyaki memeras ugut dan menumbuk seorang pemuda serta mencabul kehormatan tunangnya dalam sebuah kereta dalam tiga kejadian di Pengkalan Chepa di sini, Jumaat lalu. Dua anggota terbabit yang berusia 30 tahun dan 35 tahun ditahan sebaik sahaja polis menerima laporan daripada kedua-dua mangsa yang bekerja sebagai pembantu kedai, pukul 1.21 pagi, Ahad lalu. Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Shafien Mamat berkata, kejadian bermula di kawasan Jambatan Pak Nik Lah selepas pasangan tunang tersebut ditangkap berdua-duaan di dalam sebuah kereta, kira-kira pukul 10.45 malam, Jumaat lalu. Katanya, mangsa lelaki berusia 21 tahun ditumbuk di telinga dan dada oleh salah seorang suspek, sebelum dibawa ke mesin transaksi automatik (ATM) dengan menaiki kereta Peronda Polis (MPV) bagi membuat pengeluaran sejumlah wang yang diminta suspek. ā€œPemuda itu meninggalkan tunangnya yang berusia 20 tahun bersam...