Meskipun tomato masih lagi kekal sebagai sayur yang paling  tinggi dimakan oleh rakyat negara ini, namun, jumlahnya semakin merosot  berbanding tahun sebelumnya.  Sebaliknya, laporan Indikator Pertanian Terpilih 2020 yang  diterbitkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) baru-baru ini mendedahkan  bahawa sawi semakin digemari di negara ini.  Turut tidak ketinggalan ialah timun dan bayam yang menyaksikan  peningkatan signifikan sepanjang tahun 2019 berbanding rekod pengeluaran  yang dicatatkan pada 2018 dan 2017.  Menurut data tersebut, sawi merekodkan 145,427 tan metrik  pengeluaran pada tahun lepas daripada hanya 128,742 tan metrik pada 2018  dan 142,764 tan metrik pada 2017 lalu.  Sementara bayam yang sering dikaitkan sebagai makanan ikon  kartun Barat popular, Popeye mencatatkan 77,761 tan metrik pada 2019  berbanding 72,308 (2018) dan 71,180 (2017).  Tidak dilupakan ialah timun yang lazim dijadikan snek salad,  menyaksikan sepanjang tahun lepas dengan pengeluarannya 103,363 tan...