Posts

Showing posts with the label Petua

Kegunaan senduk kayu

Image
Antara petua lama untuk mengelak santan pecah minyak adalah memasak dengan api perlahan dan letak senduk kayu di dalam masakan. Saya tahu petua ni tahun 1967 masa diorang buat masak lemak siput sedut & labu. 

Khasiat semulajadi bunga lawang

Image
Bunga Lawang merupakan sejenis rempah yang banyak digunakan dalam masakan Melayu. Bunga lawang berbentuk kelopak bunga dan mempunyai bau yang wangi dan kuat. Bunga lawang sering dijadikan rempah untuk menyedapkan makanan. Malah, minyak dari proses ekstrak wap bunga lawang turut dijadikan bahan perasa dalam minuman. Ia juga biasa dijadikan perasa untuk pelbagai jenis teh. Untuk kegunaan perubatan pula, di Asia ia digunakan untuk mengubati “colic” (angin) dan rheumatik (sakit sendi). Teh dari bunga lawang juga boleh dijadikan ubat batuk. Minyaknya juga boleh mengurangkan gejala muntah dan loya bagi ibu mengandung. Bunga lawang turut dijadikan bahan untuk mengurangkan sakit gigi berlubang. Caranya: Tumbuk halus beberapa kuntum bunga cengkih, bunga lawang, asam gelugur, halia dan lada. Kemudian, sumbatkan campuran tersebut ke dalam gigi yang berlubang. Sakit gigi akan reda dan beransur pulih. Namun begitu, harus diingat, tubuh manusia tidak sama dan sekiranya terdapat masalah yang lebih te...