Covid-19: Pelacur di Sarawak juga terkena tempias, hilang pendapatan
Persatuan Keprihatinan AIDS Sarawak (SACS) berkata, rumah pelacuran ditutup kerana tiada pelanggan atas kebimbangan Covid-19 dan menyebabkan pekerja seks terpaksa mencari pekerjaan lain. KUCHING: Dengan pekerja di pelbagai sektor perniagaan terjejas oleh pandemik Covid-19, pekerja seks juga tidak terlepas kesannya. Persatuan Keprihatinan AIDS Sarawak (SACS) berkata, rumah pelacuran ditutup kerana hampir tiada penduduk di bandar berkenaan mengunjunginya atas kebimbangan jangkitan dan ini menyebabkan pekerja seks terpaksa mencari pekerjaan lain. Presidennya Yuwana Podin berkata, sebahagian pekerja seks menceburi bidang perniagaan, manakala yang lain pulang ke kampung masing-masing. Beliau berkata 18 pekerja seks wanita di satu kawasan di bandar raya berkenaan tidak memperoleh pendapatan daripada pekerjaan biasa mereka sejak wabak Covid-19 melanda. “Empat daripada mereka mendapat pekerjaan, manakala yang lain pulang ke kampung mereka.” katanya “Sebagai sebuah organisasi yang tidak mengamb...