Posts

Showing posts with the label Kelantan

Paras Sungai Golok naik mendadak

Image
RANTAU PANJANG: Paras air Sungai Golok terus menunjukkan peningkatan dengan bacaan 9.81 meter setakat jam 9 malam, hari ini, sekali gus melepasi paras tertinggi gelombang pertama yang berlaku hujung November lalu iaitu 9.6 meter. Ketua Balai Bomba Rantau Panjang, Imran Ismail berkata, jika paras air sungai berkenaan terus menunjukkan trend menaik, besar kemungkinan ia boleh mencecah kepada bacaan 10 meter pada awal pagi esok. Katanya, keadaan terbabit berlaku apabila taburan hujan terus bertambah selain aliran air dari hulu sungai ke kawasan itu, malah sungai di Kampung Jenob, Tanah Merah juga menunjukkan bacaan melebihi paras bahaya iaitu 23.6 meter. "Banjir gelombang kedua ini berkemungkinan lebih besar berbanding sebelumnya, melihat kepada peningkatan air sungai yang naik dengan lebih cepat berbanding sebelumnya selain taburan hujan yang tinggi bukan saja sekitar Rantau Panjang, malah di bahagian hulu sungai di Tanah Merah dan Jeli. "Beberapa pangkalan haram di sini sudah ...