Posts

Showing posts with the label Hutang Negara

Hutang negara dibawah Tok Abah meningkat kepada RM1.257 trilion

Image
Jumlah keseluruhan liabiliti dan hutang kerajaan dianggarkan berjumlah RM1.257 trilion atau 87.3 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Timbalan Menteri Kewangan, Mohd. Shahar Abdullah berkata, hutang kerajaan persekutuan pada akhir September lalu mencatat RM874.3 bilion atau 60.7 peratus kepada KDNK. “Namun, berdasarkan pengiraan had statutori nisbah hutang Kerajaan Persekutuan merangkumi instrumen Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS), Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (MGII) dan Bil Perbendaharaan Islam Malaysia (MITB) mencatat 56.6 peratus daripada KDNK iaitu kurang daripada had 60 peratus yang baru ditetapkan (Akta 830 Akta Langkah-Langkah Sementara Bagi Pembiayaan (Penyakit Koronavirus 2019(COVID19)). ” Kerajaan komited memastikan pembiayaan semula hutang Persekutuan dilaksanakan secara teratur mengikut jadual. Dalam situasi krisis pandemik Covid-19 yang masih berlarutan ini, kerajaan akan memberi tumpuan terhadap pemulihan ekonomi terutama bagi memelihara kesejahtera