Posts

Showing posts with the label Dunia

Wanita terberanak di pusat pengundian

Image
Gambar hiasan MAMUJU: Seorang wanita tidak menyangka sakit perut yang dialaminya merupakan petanda untuk dia melahirkan anak. Wanita berusia 27 tahun yang dikenali sebagai Nani itu dilaporkan melahirkan anak ketiganya di pusat pengundian (TPS) di Anjoro Pitu, Kamopung Rimuku, Mamuju, Sulawesi Barat. Lapor Kompas.com, ketika kejadian, wanita itu dibantu oleh beberapa pegawai wanita yang sedang membuat persiapan di TPS berkenaan. “Malam sebelum hari pengundian, saya mula rasa sakit perut namun menyangka itu adalah sakit biasa.  “Keesokan harinya, saya beratur di TPS dan sakit perut menjadi semakin teruk sehingga saya di bawa masuk ke dalam dewan dan akhirnya melahirkan anak,” katanya. Penduduk tempatan memaklumkan proses kelahiran itu berjalan lancar dan ibu serta bayi berada dalam keadaan sihat. Sementara itu, selepas dua jam melahirkan bayi, Nani kembali ke TPS untuk menunaikan tanggungjawabnya sebagai pengundi.

PBB ramal 2021 tahun malapetaka

Image
PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB), New York – Tahun 2021 akan menjadi ‘tahun krisis kemanusiaan paling buruk’ sejak PBB ditubuhkan, kata beberapa pegawai kanan badan dunia itu, lapor portal berita Metro.co. Ketua Program Makanan Sedunia, David Beasley berkata, kebuluran sedang menanti 12 buah negara di dunia. Katanya, tahun 2021 adalah ‘bencana’ kerana kesan pandemik terhadap negara-negara membangun. “Kita tidak mungkin dapat membiayai semuanya. Justeru, kita perlu memberi keutamaan dan seperti yang saya kata, malapetaka menunggu di muka pintu,” katanya kepada 193 anggota Perhimpunan Agung PBB Jumaat lalu. Langkah dan sekatan koronavirus di seluruh dunia membawa kepada peningkatan 40 peratus bilangan penduduk yang memerlukan bantuan kemanusiaan, kata PBB minggu lalu. Badan dunia itu meminta dana berjumlah AS$35 bilion (RM142.3 bilion). Perkembangan itu berlaku selepas ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Tedros Adhanom Ghebreyesus merayu peruntukan AS$4.3 bilion (RM17.4) disuntik k...

Rakyat Britain mula terima suntikan vaksin Covid-19 esok

Image
LONDON – Britain bersiap sedia hari ini untuk memulakan kempen vaksinasi terbesar negara itu tetapi pegawai-pegawai kesihatan memberi amaran bahawa usaha memberi pelalian Covid-19 kepada berjuta-juta rakyatnya dijangka mengambil masa sehingga tahun depan. Pengagihan pertama di dunia vaksin Pfizer-BioNtech itu dijadualkan bermula esok dalam kempen vaksinasi digelar ‘V-Day’ oleh Setiausaha Kesihatan Britain, Matt Hancock. Hospital Universiti Croydon di selatan London merupakan antara 50 hab klinikal yang mula menerima hantaran awal sebanyak 800,000 dos vaksin Covid-19 itu pada hujung minggu lalu dari sebuah kilang Pfizer di Belgium. Di hospital Croydon berkenaan, seorang juruteknik makmal mengangkat bungkusan berisi dos vaksin Covid-19 keluar daripada kotak ais kering yang menyimpan vaksin tersebut pada suhu -70 darjah Celsius dan memindahkannya ke dalam sebuah peti sejuk beku khas. ” Mengetahui bahawa vaksin Covid-19 berada di sini dan kami adalah antara yang pertama di Britain menerima...