Posts

Showing posts with the label Sawi

Rakyat Malaysia mulai suka makan sawi, timun, bayam

Image
  Meskipun tomato masih lagi kekal sebagai sayur yang paling tinggi dimakan oleh rakyat negara ini, namun, jumlahnya semakin merosot berbanding tahun sebelumnya. Sebaliknya, laporan Indikator Pertanian Terpilih 2020 yang diterbitkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) baru-baru ini mendedahkan bahawa sawi semakin digemari di negara ini. Turut tidak ketinggalan ialah timun dan bayam yang menyaksikan peningkatan signifikan sepanjang tahun 2019 berbanding rekod pengeluaran yang dicatatkan pada 2018 dan 2017. Menurut data tersebut, sawi merekodkan 145,427 tan metrik pengeluaran pada tahun lepas daripada hanya 128,742 tan metrik pada 2018 dan 142,764 tan metrik pada 2017 lalu. Sementara bayam yang sering dikaitkan sebagai makanan ikon kartun Barat popular, Popeye mencatatkan 77,761 tan metrik pada 2019 berbanding 72,308 (2018) dan 71,180 (2017). Tidak dilupakan ialah timun yang lazim dijadikan snek salad, menyaksikan sepanjang tahun lepas dengan pengeluarannya 103,363 tan...