Posts

Showing posts from March, 2023

Cendawan Telinga Kera

Image
Nama saintifik: Auricularia auriacula Nama biasa: Telinga jeli, telinga kera atau cendawan hitam Apakah cendawan telinga kera? Telinga kera adalah kulat yang tumbuh pada pokok yang reput dan pada dahan yang tumbang. Telinga kera berbentuk cawan dengan penutup tebal, licin, beralun dan hampir tiada batang.  Warna menjadi hitam dan rangup selepas kering. Apakah faedahnya? Telinga kera hitam mengandungi zat besi yang jauh lebih tinggi daripada semua sayur-sayuran, daging dan dua kali ganda jumlah kalsium daripada susu. Telinga kera hitam boleh meningkatkan kecairan darah dan meningkatkan peredaran. Telinga kera hitam berkesan dalam mengurangkan tekanan darah, dan mungkin tahap kolesterol LDL. Maklumat tambahan: Orang yang mempunyai penyakit hemoragik atau wanita hamil harus mengelakkan pengambilan berlebihan. Telinga kera perlu dimasak dengan baik, untuk meningkatkan penyerapan serat dan polisakarida. Telinga kera itu sendiri tidak mempunyai banyak rasa tetapi menyerap rasa bahan-bahan la

Jujube - Kurma Merah @ Chinese Dates 紅棗

Image
Nama biasa: jujube, Chinese date, Korean date, etc. Dalam bahasa Cina: 紅棗 (Mandarin: hong2 zao3/ Cantonese: hung4 zou2) Apakah kurma merah ? Kurma merah adalah daripada keluarga botani Buckthorn.  Ianya telah ditanam di China selama lebih daripada 4,000 tahun. Terdapat sekurang-kurangnya 400 jenis dari segar hingga kering yang mencapai tekstur kenyal.  Kurma merah telah dilabelkan sebagai "raja kacang" kerana kaya jumlah nutrisi yang mengandungi tujuh puluh hingga lapan puluh kali lebih tinggi Vitamin C berbanding anggur dan epal. Kurma merah boleh memindahkan kolesterol berlebihan ke dalam asid hempedu, sekali gus mengurangkan kebarangkalian pembentukan batu karang. Adakah terdapat sebarang faedah kesihatan ? Dalam perubatan Cina dipercayai kurma merah boleh membantu; Tonifikasi darah: Kurma merah boleh menguatkan "qi" limpa dan perut yang membantu mencerna makanan, menguatkan darah dan menenangkan fikiran. Memperbaiki insomnia: Kurma merah adalah baik untuk oran

Buah Ciku

Image
Khasiat Buah Ciku Mempunyai antioksidan polifenol berupa tanin. Tanin bermanfaat sebagai antiradang, antivirus, antibakteria dan antiparasit. Ciku jua sesuai untuk buasir dan cirit-birit. Mempunyai Vitamin C sebanyak 24.5 peratus per 100 gram selain dari mengandungi Vitamin A . Keduanya mempunyai impak dalam menghalang radikal bebas Serat yang ada didalam buah ciku dapat membantu dan menjadi ubat yang baik untuk sembelit. Selain itu melindungi selaput lendir usus dari racun penyebab kanser Jika buah ciku yang segar mengandungi kalium, besi, tembaga , asid folat dan niasin. Sebatian ini membantu dalam proses metabolisme dan pengeluaran enzim tubuh Buah ciku turut mengandungi antioksidan, boleh membantu menurunkan paras kolesterol, menurunkan paras gula darah, membantu mengurangkan berat badan serta melindungi hati dan mata. Bagi daun ciku pula, daun tumbuhan ini berpotensi mencegah kanser, mengurangkan keradangan dan membantu merawat demam. Zaman kanak² dulu suka bersihkan buah ciku dan

Jujube @ Red Dates

Image
Mengenali apa yang kita makan sempena kedatangan Ramadhan. China red dates (kurma merah) atau Jujube memiliki rasa manis antara super food memiliki pelbagai khasiat. Ianya bahan utama dalam kebanyakan perubatan tradisional Cina. Pokoknya bukan lah macam pokok kurma tapi pokok renek biasa. Macam bidara. Aku suka makan raw yg kering (yg fresh mana nak cari?) atau bubuh dalan tea untuk memaniskan. Pengetahuan tambahan: Jujube bagus untuk  pesakit diabetis kerana mengandungi 3 kali lebih banyak fiber berbanding pisang. Kajian klinikal Parvin Mirmiran, University of Medical Sciences, Tehran, Iran juga mendapati jujube mampu mengawal diabetes.

Kurma @ Dates

Image
Mengenali apa yang kita makan sempena kedatangan Ramadhan. Kurma masa putik dipanggil Hababauk, masih muda Kimri, yg tua Khalal, dah masak Rotab, yang kering Tamar. Aku tahu nama ni tahun 1988. Bukan zaman Internet. * Gambar di bawah peringkat Khalal (tua) dan rasanya kelat² manis. Ada seakan² rasa ciku belum berapa masak. Peringkat buah mula dipetik.