Persoalannya apakah benar-benar ada keperluan untuk mendapat sebuah lagi A319 CJ (Corporate Jet) tersebut atau hanya merupakan ego seorang Perdana Menteri yang tidak mahu menggunakan jet yang pernah digunakan oleh Perdana Menteri sebelumnya. Yang terbaru jet VIP untuk kegunaan pemimpin negara dibeli pada November 2003. Mungkin AAB boleh mengatakan tidak dibeli tetapi disewa (wet leased) dari Penerbangan Malaysia Berhad. PMB keluarkan duit milik kerajaan sebanyak 200juta dan kerajaan menyewa dari sumber mana pulak? A319 CJ (Corporate Jet) akan diselenggara oleh TUDM. Gaji krew dan penyelenggara dibayar oleh siapa? Sekiranya tidak digunakan oleh pemimpin negara adakah ianya akan disewa kepada pihak lain? Pihak PMB (milik kerajaan) yang berbelanja RM200juta tentu akan menyewakan dengan keuntungan yang lebih dari harga asal dan kerajaan akan menyewa pada harga yang lebih tinggi dari harga jet tersebut. Maknanya kerajan akan berbelanja lebih dari 2 kali ganda harga asal jet tersebut. Seka...