Posts

Torrent speed

Image
Torrent speed menggunakan Celcom mobile broadband di Hulu Bernam. Melebihi 100kB/s tanpa melakukan apa-apa tweak.

Tanah Runtuh Bukit Antarabangsa - Pemandangan persekitaran tempat kejadian

Image
Masih berlaku aliran air bawah tanah dan dikhuatiri akan berlaku lagi gelunsuran tanah. Difahamkan kawasan berkenaan suatu ketika dulu merupakan sebuah sungai yang ditimbus untuk tujuan pembangunan. Projek perumahan terbengkalai di sebelah atas kawasan berkenaan juga mungkin penyumbang utama kepada kejadian tersebut. 

3 disahkan maut

Image
Perkembangan pada jam 10:30 pagi

14 banglo tertimbus tanah runtuh di Bukit Antarabangsa

Image
06/12/2008 9:01am KUALA LUMPUR 6 Dis. - Dua terbunuh, 15 cedera manakala lapan dikhuatiri terperangkap setelah 14 buah rumah banglo tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa di sini awal pagi ini. Kejadian dipercayai berlaku pukul 4 pagi ketika penghuni sedang tidur apabila lereng bukit kira-kira 20 meter dari lokasi kejadian runtuh tiba-tiba. Ketua Polis Selangir Datuk Thalib Abu Bakar berkata mayat dua beranak itu telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur kira-kira pukul 6 pagi untuk bedah siasat. Menurutnya, setakat ini seramai 93 mangsa telah diselamatkan dan ditempatkan disurau Jalan Bukit Antarabangsa. Katanya operasi yang disertai kira-kira lebih 160 anggota penyelamat masih diteruskan untuk mengeluarkan lapan lagi mangsa yang terperangkap. Katanya, pasukan penyelamat terpaksa menggunakan Jalan Wangsa 9 sebagai jalan alternatif kerana jalan utama ke kawasan tersebut tidak boleh dilalui.

Dua kanak-kanak terperangkap dalam runtuhan tanah di Ulu Yam

30/11/2008 1:10pm HULU SELANGOR 30 Nov. – Dua kanak-kanak terperangkap dalam satu runtuhan tanah yang meranapkan sebuah rumah banglo di Ulu Yam dekat sini hari ini. Dalam kejadian pukul 5 pagi itu, ahli-ahli keluarga yang sedang tidur nyenyak ketika itu dikejutkan oleh bunyi kuat di bahagian bilik tidur tersebut. Sehingga pukul 10.30 pagi ini, polis, Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Bomba dan Penyelamat masih giat menjalankan usaha menyelamatkan mangsa-mangsa tersebut Kemaskini 30/11/2008 1:11pm HULU SELANGOR 30 Nov. – Tiga anak mangsa yang selamat iaitu Norlisa Azira, 8; Anis Afina, 6, dan Norman Afiq, 4 berjaya diselamatkan kira-kira pukul 12.15 tengah hari dan dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk mendapatkan rawatan. Pasukan penyelamat menjumpai satu mayat dipercayai anak mangsa yang berumur 9 tahun pada 12.15 tengah hari ini. Lima belas minit kemudian (12.30 tengah hari), mayat kedua yang dipercayai berumur 16 tahun ditemui.

Monorailmengalami gangguan teknikal

Image
Kena tunggu lebih 1 jam untuk meneruskan perjalanan.

Windows 7

Image
Berjaya install Windows 7 beta 6801 pada Fujitsu P1610