Tidak ramai di kalangan generasi muda Melayu yang tahu cara membuat kuih tradisional seperti kuih lompang, bingka ubi, kuih koci, serabai, ketayap, wajik sirat, pulut panggang, ketayap, cara berlauk dan banyak lagi. Mungkin cara pembuatannya yang agak rumit mendorong mereka mengambil jalan mudah untuk beli sahaja di gerai pasar malam atau pasar tani dan ini bermakna kemahiran membuat kuih-kuih tradisi ini hanya dikuasai oleh segelintir masyarakat kebanyakannya mereka yang lebih berusia. Tidak dapat dinafikan permintaan terhadap kuih tradisional ini semakin merosot berbanding kuih moden dari barat seperti donut, kek coklat, kek keju, cream puff, waffle ,brownies dan sebagainya yang sentiasa menjadi bahan pencuci mulut di hotel ternama, namun ini tidak harus dijadikan alasan kemahiran membuat kuih tradisional itu dibiarkan pupus ditelan zaman. Usaha perlu dilakukan oleh pihak berkenaan termasuk cef tempatan yang berbangsa Melayu untuk mempromosikan kuih tradisional ini serta menga