Bos Levi’s dedah 10 tahun tak basuh jeans miliknya, anda bagaimana?
Bos Levi’s dedah 10 tahun tak basuh jeans miliknya, anda bagaimana? SEKIRANYA anda merancang untuk mencampakkan jeans kegemaran ke dalam mesin basuh, apa kata tangguhkan dulu hasrat itu kerana tak mustahil ia akan menjadi satu kesilapan besar. Ini kerana, menurut orang paling besar dalam gergasi pengeluaran denim, Levi’s, anda tidak perlu mencuci jeans kerana ia akan merosakkan materialnya. Ketua Pegawai Eksekutif Levi’s, Chip Bergh menjadi tajuk berita lima tahun lalu apabila membuat pendedahan mengejutkan kerana dalam tempoh 10 tahun dia memakai beberapa jeans kegemarannya dan tidak pernah mencucinya menggunakan mesin basuh. Sebaliknya dia hanya membersihkan tempat tertentu jika terdapat kesan kotoran atau untuk senario terburuk, ia akan dibasuh dengan tangan bagi mendapatkan bau lebih segar. Kini dia kembali lagi dan dalam satu kenyataan kepada CNN, apabila menyatakan mengenai betapa pentingnya untuk berhenti membasuh seluar jeans anda! Seluar jeans tidak boleh dicuci menggunakan me