Posts

Datuk Tan dari kena dakwa jadi saksi pendakwaan Ku Nan

Image
Ahli parlimen UMNO Ku Nan dilepas tanpa dibebas kes rasuah RM1 juta hari ini setelah Peguam Negara arahkan pendakwa raya tarik balik pertuduhan akibat "perkembangan baru yang melibatkan seorang saksi utama". Kes yang dimulakan oleh Tommy Thomas di bawah Gagalkrasi PH ini amat pelik. Pada permulaannya, seorang developer bernama Datuk Tan Eng Boon didakwa bersama Ku Nan di atas tuduhan Datuk Tan memberi rasuah RM1 juta kepada Ku Nan. Masa itu, Datuk Tan mengaku tidak bersalah dan tegas bahawa ianya derma politik untuk digunakan dalam dua PRK (Kuala Kangsar dan Sungai Besar) yang sedang dihadapi BN masa itu. Namun selepas itu, pendakwa raya di bawah Tommy masa itu memberi deal kepada Datuk Tan. Akan tetapi apabila kes ini mula dibicarakan di Mahkamah pada bulan September 2019 lalu, Datuk Tan tiba-tiba menukar pengakuan dia. Dia kini mengaku bersalah memberi rasuah RM1 juta kepada Ku Nan. Hakim (yang juga hakim sama untuk kes SRC saya) pun menjatuhkan hukuman ke atas Datuk Tan. D

Tok Abah Kau terpaksa melutut di kaki UMNO bagi mempertahankan jawatan Perdana Menteri

Image
“Parti kecil yang merasakan mereka kuat, sebenarnya lemah. Mereka hilang kuasa di Johor, hilang kuasa di Kedah dan yang terbaru di Perak. Yang tinggal dan bersisa hanya di Sabah, itupun tunggu masa sahaja. Semuanya ditentukan UMNO” ------------------------------------------------- (Suara TV) – Tan Sri Muhyiddin Yassin akhirnya terpaksa melutut kepada UMNO bagi mempertahankan tampuk kuasa sebagai Perdana Menteri. Bekas Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari dalam catatan di Facebooknya berkata, taring Muhyiddin sedikit pun tidak menggerunkan malah melihat begitu sahaja babak Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dijatuhkan dan negeri pimpinan Bersatu tumbang. “Kuasa terakhir adalah pada Perdana Menteri, namun keabsahan bilangan sokongan turut bergantung kepada UMNO. “Muhyiddin akhirnya terpaksa melutut kepada UMNO, melihat begitu saja babak Timbalannya (Ahmad Faizal) dijatuhkan dan negeri pimpinan Bersatu dirampas satu persatu,” katanya. Adly memberitahu, menyingkap perist

‘Microsleep’ membunuh, KKM beri tips pemanduan selamat

Image
Pernah mengalami keadaan rasa mengantuk yang tidak terkawal ketika memandu dalam perjalanan jauh atau terlelap sehingga terkeluar dari laluan pemanduan asal? Situasi itu dinamakan ‘ microsleep ’, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ialah keadaan di mana kita akan tertidur hingga 30 saat tanpa kita sedari. Antara simptom termasuklah tersengguk-sengguk, kelopak mata semakin tertutup atau kuyu, mata terkebil-kebil, dan lupa kejadian di waktu-waktu akhir. Beberapa penyebab terjadinya ’ microsleep ’ antaranya kurang tidur, terlalu penat, jadual tidur yang tidak menentu, atau badan cuba melawan rasa mengantuk. ‘ Microsleep ’ jika terjadi semasa memandu bukan sahaja boleh membahayakan diri sendiri, malah penumpang lain dalam kenderaan anda termasuk ahli keluarga sendiri. Lebih malang, risiko mengakibatkan kemalangan maut juga boleh terjadi kepada kenderaan lain yang berdekatan. Bagi mencegah tragedi buruk, beberapa tips diberi KKM untuk pemandu mencegah ‘ microsleep ’. “Dapatkan reha

Al-Ikhsan sertu premis perniagaan dimasuki babi hutan

Image
  Pengurusan kedai peralatan sukan Al-Ikhsan di pusat beli-belah Alamanda, di sini, melakukan proses sertu di premis itu hari ini susulan kejadian seekor babi hutan sesat memasuki premis itu semalam. Tinjauan ke premis itu mendapati, proses sertu itu dijalankan dengan pemantauan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Aktiviti bermula 10 pagi dan berakhir dua jam kemudian, disertai 15 kakitangan JAWI termasuk Bahagian Kajian jabatan itu dan 10 kakitangan Al-Ikhsan. Ketua Penolong Pengarah Kanan JAWI Putrajaya, Mastuyah Sahari berkata, pihak Al-Ikhsan berkata, kejadian itu petang semalam adalah kali pertama berlaku di pusat beli belah di pusat pentadbiran kerajaan ini. "Ia juga antara aktiviti dakwah JAWI dalam membimbing dan memberi kefahaman kepada masyarakat bagi mengadakan aktiviti sertu. "Kita juga sudah mengesan tapak kaki dan air liur haiwan liar itu termasuk melupuskan barangan yang terkena tubuh badan haiwan itu," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Pengerusi DAP minta maaf pada Annuar Musa atas isu jual tanah DBKL

Image
  Pengerusi DAP, Tan Kok Wai, bertemu Menteri Wilayah Persekutuan, Annuar Musa, di pejabatnya bagi memohon maaf berhubung kenyataannya tentang penjualan tanah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Annuar di Twitter memaklumkan Tan menyerahkan surat pengakuan memohon maaf dan menarik balik kenyataannya yang dibuat pada 18 Nov. Tan ketika dihubungi FMT mengesahkan permohonan maaf itu. “Iya, hal ini kerana komen saya yang dahulu merupakan fakta yang tidak benar.” Annuar akan merujuk peguamnya menyusuli perkembangan ini. Sebelum ini, peguam Annuar menyerahkan notis menuntut Tan menarik balik dan memohon maaf atas kenyataan yang mengaitkannya dengan penjualan 42 plot tanah DBKL. Annuar menafikan tuduhan berkenaan, mengatakan beliau tidak pernah terima apa-apa permohonan daripada DBKL. DBKL juga menyangkal dakwaan itu, mengatakan 42 plot tanah berkenaan milik persendirian yang memohon proses perubahan kepada zon guna tanah, kepadatan penduduk, dan nisbah plot terhadap Pelan Bandar Raya Kuala

Makan ikan sungai di persimpangan Rasa

Image
 Ikan baung dan masai

Minuman ini efektif untuk membakar lemak di perut

Image
Nanti adalah pakar detox buat air campuran kesemua ini nak lebih cepat berkesan kononnya 😂  A+B+C tak semestinya jadi ABC. Mungkin X yang boleh merosakkan tubuh.  - Minum Air Campuran Bawang Putih - Minum Air Lemon - Minun air halia panas