Posts

Makan sekadar menguatkan tulang sulbi

Image
  Firman Allah SWT dalam surah al-A'raf ayat 31: " ...makan dan minumlah, janganlah berlebih-lebihan..." Rasulullah SAW bersabda: " Tidak ada tempat yang diisi oleh anak keturunan Adam yang lebih buruk dari perutnya."  (Hadith Riwayat Ahmad no. 17186. at-Tirmidzi, no. 2380. Dinilai sahih oleh at-Tirmidzi) Sambungan Hadith dalam Riwayat at-Tirmidzi: " Cukuplah bagi anak keturunan Adam agar makan sekadar untuk menegakan tulang sulbinya (tulang punggung). Melainkan jika ia tidak dapat mengelak, maka isilah 1/3 untuk makanannya, 1/3 untuk minumannya, dan 1/3 untuk nafasnya. " (Hadith Riwayat at-Tirmidzi. no. 2380.Dinilai sahih oleh at-Tirmidzi)

Kalau kerja tak siap, salahkan kucing

Image
 Kucing tak bagi buka Macbook. Kalau ada rezeki kucing… perlukan khidmat pembangunan web, sila layari cresstar.net

Tomyam kelapa

 Sedapnya...

Boko ubi

Image
 Sedap!

Bulan sabit bersama kejora @ venus & morning star)

Image
 Kira mornung cresstar lah kan 😀

Makan diwarung angkara petisejuk rosak akibat banjir

Image
 Habis semua stok makanan dalam peti sejuk rosak.

Pekasam ikan lampam

Image
  Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. 😹 Ada yang bagi ikan pekasam. Dia tak makan katanya. Pekasam  ( Jawi :  ‏ ڤكاسم ‎ ‎ ) ialah sejenis makanan peram tradisi yang terkenal dan tahan lama di  Malaysia  seperti negeri  Perak  dan  Kedah . Ia merupakan satu cara mengekalkan makanan (lazimnya  ikan ) dengan menggunakan  garam  (atau asam) yang banyak dan mampu untuk menghasilkan pekasam yang mampu  bertahan lebih lama.

Tilapia goreng

Image
Ikan tilapia berasal dari Sungai Nil dan dipercayai ikan tilapia hitam dibawa masuk melalui Thailand untuk dilepaskan didalam bekas lombong bijih timah yang tidak lagi beroperasi. Akhirnya berkoloni dalam sungai disini. 
Ikan tilapia merah hybrid (golden tilapia) dibawa masuk tahun 80an untuk tujuan ternakan secara komersial. Juga dibawa masuk dari Thailand.
 Di Amerika Tilapia adalah “top ten seafood products” dan 72.5 tan dimakan setahun dan pada asalnya diternak dalam negara dan dengan peningkatan pemintaan, tilapia diimport dari China, Taiwan dan Indinesia.


Beaver Moon, bulan purnama November merupakan supermoon terakhir bagi tahun 2024

Image
Happy birthday to me. Supermoon meraikan harijadi aku.. 😜 Supermoon berlaku apabila bulan penuh serentak dan pada bahagian orbitnya yang paling hampir dengan Bumi, menurut NASA. Jarak bulan dari Bumi berbeza-beza antara sekitar 221,457 batu dan 252,712 batu. Semasa supermoon bulan November, bulan akan berada kira-kira 224,385 batu dari Bumi. Supermoon kelihatan lebih besar daripada bulan purnama purata. Ia sama dengan perbezaan saiz antara suku dan nikel, menurut NASA. Supermoon juga kira-kira 16% lebih cerah daripada bulan purnama purata biasa. Walaupun semua supermoon kelihatan lebih besar dan lebih cerah daripada bulan purnama purata, terdapat beberapa perbezaan. Menurut NASA, bulan purnama November akan kelihatan 6.2% lebih besar dan 12.8% lebih cerah daripada bulan purnama purata 2024.

World Diabetes Day.

Image
Selamat menyambut hari Diabetes Sedunia kepada penggula..

Ini Khasiat Bunga Kunyit

Image
  Bunga kunyit sangat enak dijadikan ulam yang dimakan mentah yang dicicah dengan sambal, budu dan bahan pencicah yang lain. Sesuai juga dibuat kerabu. Bunga kunyit dikatakan mempunyai khasiat yang tinggi terutama bagi ibu-ibu yang berpantang (selepas bersalin) untuk mempercepatkan penyembuhan luka dalaman dan juga untuk kesihatan rahim serta mengembalikan bentuk tubuh yang asal. Bunga kunyit juga sesuai diamalkan sebagai bahan untuk awet muda serta kecantikan semulajadi luar dan dalam.

Peretak dulu duluuuu

Image
  Tempat ni sekarang berada didasar empangan Sungai Selangor

‎حَيَّ عَلَىٰ ٱلصَّلَاةِ

Image
  Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 43:
وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ وَارْكَعُوا مَعَ الرَّاكِعِينَ
Maksudnya: Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk.


Tiwul

Image
  Tiwul atau juga disebut thiwul, adalah makanan ringan yang dibuat dari tepung ubi kayu, diberi sedikit gula, kemudian dikukus, dan boleh dimakan bersama kelapa parut yang telah diberi sedikit garam. Tiwul adalah makanan ringan ruji khas Jawa sebagai pengganti nasi yang diperbuat daripada ubi kayu. Masyarakat Jawa khususnya di Ponorogo, Trenggalek, Wonosobo, Gunungkidul, Wonogiri, Pacitan dan Blitar masih kerap mengambil makanan jenis ini terutama pada musim kurus. Sebagai makanan ruji, kandungan kalorinya lebih rendah daripada beras tetapi mencukupi sebagai pengganti nasi. Tiwul dipercayai dapat mencegah ulser, perut berbunyi, dan sebagainya. Tiwul pernah digunakan sebagai makanan ruji sebahagian masyarakat Indonesia pada zaman penjajahan Jepun dan kini tiwul dijadikan tiwul segera. Selain itu, tiwul sinonim dengan makanan orang miskin pada zaman dahulu kerana tidak mampu membeli beras, sekali gus menjadikan tiwul sebagai alternatif kepada nasi. Dari Kebumen, Banyumas dan Cilacap...

Tempayang (Kalimantan) @ kembang semangkok (Malaysia) @ selayar

Image
Juga dikenali sebbagai Buah Semangkuk/ Malva Nut /Marrow Nut / Bunga Tempayang /大海子 胖大海 (China) / ลูกสำรอง, หมากจอง, พุงทะลาย (Thailand) Pokok Kembang Semangkok merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta negara-negara ASEAN yang lain. Merupakan pokok balak yang ditebbang untuk dijadipan kayu/papan. Nama botaninya Scaphium longiflorum. Berbuah 5 tahun sekali. Di Laos merupakan eksport terbesar kedua negara tersebut selepas kopi. Khasiat Kaya dengan antioksidan Meningkatkan kesihatan jantung Menyokong kesihatan pencernaan Menurunkan risiko diabetes Mengurangkan keradangan Meningkatkan kesihatan kulit Menyokong fungsi otak Meningkatkan sistem kekebalan tubuh Menurunkan risiko kanser Menyejukkan badan ketika demam Nilai perubatan (tradisional Cina) Mengeluarkan haba daripada paru-paru Mengubati sakit tekak Menangani ketoksikan Menenangkan usus