Posts

Showing posts from October, 2008

PM MINTA MAAF, AKUI KESILAPAN KOS BELIAN EUROCOPTER

Image
Aku nak tanya kepada mereka yang 'tahu' metamatik, nak bundarkan (roundup) 1.607bilion jadi berapa? Kalau jadi 1.7billion bukan roundup tapi nak songlap. KUALA LUMPUR Perdana Menteri, Datuk Seri Abdulah Ahmad Badawi mengakui berlaku sedikit kesilapan semasa beliau menyatakan mengenai harga pembelian Eurocopter EC-725 semasa mengumumkan keputusan penangguhan pembeliannya Selasa lalu. "Mengenai harga, semasa saya keluarkan kenyataan iaitu RM1.7 bilion, itu berlaku sedikit kesilapan... saya minta maaf pada kesilapan itu. Beliau berkata, angka "dibundarkan" sebanyak RM1.7 bilion yang diberikan sebelum ini adalah silap. "Semasa saya membuat kenyataan yang ia sebanyak RM1.7 bilion, itu silap... saya minta maaf bagi kesilapan itu, pegawai letakkan RM1.607 bilion, jadi saya kata kita boleh bundarkan angka itu kepada RM1.7 bilion. "Pagi ini semasa saya di Kementerian Pertahanan, saya dimaklumkan yang angka itu salah, sebenarnya harganya RM1.607 bilion. Tetapi in...

PROSIDING KES LIWAT ANWAR BERJALAN LANCAR

KUALA LUMPUR 9 Okt. - Polis berjaya memastikan prosiding kes liwat yang melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini hari ini berjalan lancar tanpa insiden yang tidak diingini. Kawalan trafik menghala ke kompleks itu turut lancar dan tiada jalan yang ditutup. Kira-kira 30 pegawai dan anggota polis ditugaskan sejak kira-kira pukul 8 pagi bagi mengawal keselamatan di sekitar kompleks mahkamah tersebut. Bagaimanapun, hanya kira-kira 20 penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang hadir memberi sokongan kepada Anwar di pekarangan mahkamah itu. Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh tiba di Mahkamah Sesyen di sini bersama isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail serta peguamnya, S.N. Nair pada pukul 8.55 pagi bagi menghadiri prosiding kes tuduhan liwat yang dihadapinya. Mahkamah Sesyen hari ini mendengar hujahan lanjut yang dibentangkan oleh peguam bela Anwar bagi membantah permohonan pihak pendakwa untuk memindahkan perbicaraan kes liwat terhadap...

KHAIRY JATUH TEMPAT KE 3

Image
Pencalonan bagi jawatan ketua Pemuda Umno kini menyaksikan Khairy Jamaluddin merosot ke tempat ketiga selepas ibupejabat Umno pusat membatalkan keputusan mesyuarat ketua Pemuda Gua Musang pada 25 Oktober lalu yang mencalonkan ahli Parlimen Rembau itu untuk jawatan tersebut. Sebaliknya, ibupejabat Umno pusat mengiktiraf mesyuarat pertama Pemuda bahagian tersebut, yang diadakan dua hari sebelumnya - pada 23 Oktober - yang mencalonkan bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo untuk jawatan ketua Pemuda Umno pusat. Dengan itu,jumlah pencalonan yang diperolehi oleh Khairy sehingga ini kurang satu - kepada 47 - di belakang Datuk Dr Mohd Khir Toyo yang mengumpul 48 pencalonan. Manakala ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir masih mendahului dengan 70 pencalonan sehingga ini. Sehingga ini sebanyak 165 bahagian Pemuda telah mengadakan mesyuarat perwakilan masing-masing.

HARGA MINYAK TURUN KALI KE 4, ANTARA 15-20 SEN HARI INI?

Image
KUALA LUMPUR Keputusan sama ada harga minyak akan diturunkan buat kali keempat - dijangka di antara 15 dan 20 sen akan dibincangkan pada mesyuarat Kabinet hari ini. Difahamkan jika penurunan diputuskan ia akan berkuat kuasa tengah malam ini.

WINDOWS 7 GANTI VISTA JANUARY 2010

Image
Kalau ada kelapangan aku akan paparkan disini 'screenshot' Windows 7 Beta yang aku gunakan sekarang. Sesiapa yang rasa nak mencuba bolehlah mendaftar di MSN untuk download Windows 7 Beta bermula Disember nanti. Versi percubaan ini akan tamat tempoh pada Jun 2009. Tetapi kita bernasib baik kerana tidak perlu menunggu sehingga 2010 untuk menggantikan 'BETA' Perdana Menteri kita. InsyaAllah Mac 2009 kita dapat Perdana Menteri yang boleh terus digunapakai. Sama seperti Windows 7 yang di perbaiki bagi membaiki kelemahan dalam Windows Vista 'KELEMBAPAN' melaksanakan tugas, memerlukan banyak 'MEMORI', selalu 'Crash', 'Sleep Mode problem' , 'Bluescreen' serta terlalu banyak 'kosmetik' dan 'rebranding'. 'Bridge' yang sepatutnya dimasukkan telah di keluarkan. 'Window 7' perlu lebih efisyen, tidak memerlukan banyak memori dan lebih lancar tidak banyak 'crash' dan tiada 'sleep mood problem'. ...

WINDOWS 7 MENGGANTIKAN VISTA JANUARI 2010

Image
SAN FRANCISCO : Pengeluar terbesar perisian Amerika Syarikat, Microsoft hari ini secara rasmi mengumumkan Windows 7 akan menggantikan sistem operasi Vista yang tidak memuaskan pada Januari 2010. "Kami sedang membuat penyeledikan yang mendalam terhadap produk Windows dan kami berbangga kerana maklum balas dan prestasi yang baik daripada produk yang dihasilkan," kata Ketua Jurutera Windows Ray Ozzie. Antara keistimewaan Windows 7 adalah memudahkan penyambungan jaringan komputer dengan alat telekomunikasi seperti telefon bimbit, mesin pencetak, kamera digital dan lain-lain. Menurut penganalsis Microsoft Matt Rosoff, syarikat berkenaan dijangka melancarkan Windows 7 menjelang tahun 2010. "Secara relatifnya kami perlu membuat sedikit perubahan terhadap produk terbaru ini kerana Vista tidak mendapat sambutan yang menggalakkan," kata Rosoff kepada AFP. "Kami tahu ada perkara yang tidak digemari dalam Vista jadi kami berpendapat untuk merekacipta system ter...

HOTEL MERDEKA YANG TIDAK MERDEKA

Image
Bendera yang dibumbung mungkin sudah berada dibumbung semenjak merdeka lagi

Wilayah CELCOM

Image
Tak dapat access internet guna Celcom 3G. Kalau dapat pun tiada HSDPA lebih perlahan dari GPRS

Teater Muzikal Layang-layang Terbang Melayang

Image
Memang aku minat teater tapi masa tidak bersesuaian. Aku beli untuk menderma. Nak komen sikit, kenapa tikit murah sangat. Bila murah ianya semacam tidak dihargai. Tahniah lah kat korang yang berinisiatif, inovatif, kreatif dan berbagai tif.