WINDOWS 7 GANTI VISTA JANUARY 2010
Kalau ada kelapangan aku akan paparkan disini 'screenshot' Windows 7 Beta yang aku gunakan sekarang. Sesiapa yang rasa nak mencuba bolehlah mendaftar di MSN untuk download Windows 7 Beta bermula Disember nanti. Versi percubaan ini akan tamat tempoh pada Jun 2009.
Tetapi kita bernasib baik kerana tidak perlu menunggu sehingga 2010 untuk menggantikan 'BETA' Perdana Menteri kita. InsyaAllah Mac 2009 kita dapat Perdana Menteri yang boleh terus digunapakai.
Sama seperti Windows 7 yang di perbaiki bagi membaiki kelemahan dalam Windows Vista 'KELEMBAPAN' melaksanakan tugas, memerlukan banyak 'MEMORI', selalu 'Crash', 'Sleep Mode problem' , 'Bluescreen' serta terlalu banyak 'kosmetik' dan 'rebranding'. 'Bridge' yang sepatutnya dimasukkan telah di keluarkan.
'Window 7' perlu lebih efisyen, tidak memerlukan banyak memori dan lebih lancar tidak banyak 'crash' dan tiada 'sleep mood problem'. 'Bridge' serta 'track' yang telah dikeluarkan hendaklah dimasukkan semula.
SAN FRANCISCO: Pengeluar terbesar perisian Amerika Syarikat, Microsoft hari ini secara rasmi mengumumkan Windows 7 akan menggantikan sistem operasi Vista yang tidak memuaskan pada Januari 2010.
“Kami sedang membuat penyeledikan yang mendalam terhadap produk Windows dan kami berbangga kerana maklum balas dan prestasi yang baik daripada produk yang dihasilkan,” kata Ketua Jurutera Windows Ray Ozzie.
Antara keistimewaan Windows 7 adalah memudahkan penyambungan jaringan komputer dengan alat telekomunikasi seperti telefon bimbit, mesin pencetak, kamera digital dan lain-lain.
Menurut penganalsis Microsoft Matt Rosoff, syarikat berkenaan dijangka melancarkan Windows 7 menjelang tahun 2010.
“Secara relatifnya kami perlu membuat sedikit perubahan terhadap produk terbaru ini kerana Vista tidak mendapat sambutan yang menggalakkan,” kata Rosoff kepada AFP.
“Kami tahu ada perkara yang tidak digemari dalam Vista jadi kami berpendapat untuk merekacipta system tersebut kembali. Saya rasa Microsoft sedang memberi keutamaan kepada meningkatkan kualiti program berkenaan dan mengurangkan adua daripada pengguna,” katanya.
Windows 7 juga direka dengan ciri terkini yang dapat mempercepatkan tugas-tugas komputer serta memberi tumpuan kepada keserasian diantara aplikasi komputer dan alat penghubung yang lain.
“Kami membawa jaringan Web to Windows dan Windows to the Web yang terbaik untuk dalam produk terbaru kami ini,” kata Ozzie.
Microsoft juga turut mengumumkan mereka akan melancarkan versi online bagi software ‘Microsoft Office’.
Antara program yang boleh dimuat turun secara online adalah Word, Excel, Power Point dan One Note. Program-program berkenaan boleh dimuat turun di Office Live dengan memohon lesen yang sah daripada Microsoft.