Syair Istikharah - Bukan Ulangan Tetapi Pembaharuan Tekad
Pertemuan sekali ini
Bagi diriku amat bererti
Tetapi ku bimbang untuk menyatakan
Bimbangkan berulang kesilapan
********************************
Bagi diriku amat bererti
Tetapi ku bimbang untuk menyatakan
Bimbangkan berulang kesilapan
********************************
Wednesday, September 19, 2007 sudah berlalu dengan. Terima dengan penuh keredhaan dan keinsafan. Aku dah lama melupakannya sehingga ada yang entah 'suratan atau kebetulan' mengajak aku mengingatinya semula.
Wah! ada yang copy paste kat wall facebook. Tak tau lah apa maksud dia.. Perli kot.. hahahaha
Wah! ada yang copy paste kat wall facebook. Tak tau lah apa maksud dia.. Perli kot.. hahahaha
Kini 'mungkin' kami pula cuba menghayati bait-bait puisi ini.
“KUN FAYAKUN” (كُن فَيَكُونُ)
'Syair Istikharah'
Ya - Rabbul Ariffin
Seandainya kau telah taqdirkan dia milikkuYa - Rabbul Ariffin
tercipta buatku
dekatkanlah hatiku dengan hatinya.
Tetapkanlah kemesraan antara kami,
agar kebahagiaan ini kekal abadi.
Ya Muhaimin
Seiringkanlah kami
mengiringi kehidupan luas ini
ketepian yang sejahtera.
Ya Rabbul Fatihin
seandainya dia telah Kau taqdirkan bukan milikku
bawalah dia jauh dari pandanganku
luput dari ingatanku
dan peliharakanlah aku dari kecewa.
Ya Rabbul Izzati
Berikanlah aku kekuatan,
melontarkan bayangannya kedada langit hilang bersama senja merah
agar aku bisa bahagia
walaupun tanpa dirinya.
Ya Rabbul Quddus
Gantikanlah yang telah patah
meskipun tidak sama dengan dirinya
biar sekuat mana aku mengasihinya
aku mohon pada Mu Allah
agar melenyapkan perasaan ini
seandainya benar dia ditaqdirkan bukan untukku.
Tetapi seandainya dia telah ditaqdirkan untuk diriku
aku mohon kasih dan sayang Mu
agar memperkuatkan kasih sayangku padanya
selagi mana tidak melebihi kasih sayangku pada Mu.
Ya Rahman Ya Rahim,
Cukuplan Engkau sahaja menjadi pemeliharaku
Didunia dan di akhirat
Dan peliharalah kami dari azab api neraka
Amin………