HULU SELANGOR: Tiga termasuk seorang wanita maut dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di Kilometer 9, Jalan Rasa menghala ke Bukit Beruntung, Kuala Kubu Bharu, dekat sini hari ini. Mereka yang maut dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu ialah Napisah Abas, 52; Rofi'ih Modi, 55; dan seorang lagi mangsa yang belum diketahui identitinya. Kesemua mangsa yang terbunuh adalah pemandu dan penumpang yang menaiki kereta Perodua Kancil. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden R. Supramaniam berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila sebuah kereta Audi Q7 yang datang dari arah Rasa menghala ke Bukit Beruntung cuba untuk memotong kenderaan di hadapan sebelum bertembung deĀngan kereta yang dinaiki ketiga-tiga mangsa. Menurutnya, akibat pertembuĀngan itu, kereta dinaiki ketiga-tiga mangsa telah melambung ke atas kereta Toyota Corolla yang berada di belakang. "Ketiga-tiga mangsa maut di tempat kejadian manakala seorang lelaki warga as...