Malacca Street Kuala Lumpur
Semalam lepak di laman menara CIMB (Muamalat), Malacca Street sekarang Jalan Melaka .. Banyak kisah aku disini dari zaman kanak-kanak sampai remaja.
Begini ceritanya.
Dulu disini aku naik bas balik ke Hulu Yam atau Kalumpang bila cuti sekolah. Masa usia 8 tahun aku dah travel alone atau orang kampung aku sebut 'unaccompanied minors' atau 'travel alone'
Naik bas Len No. 66 Tg Malim atau no. 83 ke Hulu Yam. Hentian bas yang sesak dan serabut. Bersebelahan hentian teksi di kanan antara bangunan tertua di KL, Standard Chartered Bank dengan tagline nya BESAR, TEGUH dan PERAMAH. Iklan menggunakan wajah Sikh (jaga) yang berbadan besar tetapi peramah.
Tak jauh dari situ ada bangunan antara yang tertinggi di KL masa itu selain dari bangunan UDA (National) Jalan Haji Hussin (Chow Kit). Bangunan AIA sebagai pandu arah ke Malacca Straits (Jalan Melaka) kalau berjalan kaki dari Kampung Baru.
Satu peristiwa yang menjadi perhatian seluruh negara yang saya sendiri lihat adalah kebakaran bangunan asal Bank Bumiputera (sekarang bangunan TAS)
Ramai mangsa kebakaran bangunan yang lari ke tingkat atas (bumbung) dan terpaksa diselamatkan menggunakan helikopter. 2 helikopter terbabit, 1 milik persendirian dari Segambut (Helikopter Milik Guthrie yang dipandu oleh Kapten Nasir Ma Lee bin Abdullah) dan TUDM?.
Salah satu Helikopter terpaksa berlegar menolak asap dan 1 lagi mendarat untuk mengambil mangsa. Beberapa detik helikopter berlalu, api sudah sampai ke bumbung. Pesan saya kalau berlaku kebakaran jangan lari ke atas. Sungguh dramatik tetapi ada lagi dramatik.
Di tingkat 6 ada mangsa berdiri di tingkap bangunan dan di zaman itu skylift bomba hanya mampu berada dengan selesa di tingkat 4 terpaksa di lurus kan (merbahara kerana kurang keseimbangan) hingga mencapai tingkat 5 dan mangsa yang bergayut pada tingkap dihalakan ke bucket skylift yang berada di tingkat 5 dalam keadaan bergoyang kerana kurang stabil.
Apabila bucket betul-betul menghala ke pada mangsa, bomba menepuk kaki mangsa dan dia melepaskan tangannya untuk jatuh ke dalam bucket. Saya tanpa sedar bertepuk tangan bila mangsa berjaya diselamatkan. Yang lain pun bertepuk tangan sama.. Mangsa di kejarkan ke hospital kerana cedera di pergelangan kaki.
Satu lagi hobi saya dulu-dulu adalah buka akaun bank yang baru dibuka atau di Bangunan yang baru dirasmikan. Semasa perasmian bangunan BBMB ini saya buka akaun dengan nombor akaun hujungnya 75. Maknanya yang ke 75 di cawangan berkenaan. Bank Islam pula saya pemilik akaun no 175. Buka akaun di hari pelancaran di Jalan Raja Laut. Biasa lah hari pertama ramai orang melainkan boleh kenyit mata dengan staff yang masih fresh dan kiut miut 😂
Ada lagi peristiwa depan mata saya alami di sekitar kawasan tersebut, antaranya JRA menawan bangunan AIA.
Nanti bila lepak kat tepi Buki Nanas saya tulis.. Masa tu kebetulan denga cerita Sandokan (Harimau Malaya) di panggung Coleseum.
Gambar: https://coconuts.co/kl/ dan http://xnuripilot.blogspot.com/