Posts

Showing posts from May, 2023

[VIDEO] Penjual mangga India

Image
 Jual murah, boleh lah cuba. Rasanya belum tahu lagi RM5 sekilo.

Sebab apa aku amalkan Intermittent fasting & LCHF

Image
Bila kita berada dalam ketosis, ada banyak lemak tersimpan yang boleh diakses oleh badan anda untuk menjana tenaga. Lapar hanya berlaku jika badan kita tidak dapat mengakses lemak yang tersimpan atau tidak cukup lemak. Bukti mengaitkan fasa awal puasa atau diet rendah karbohidrat dengan situasi well-being & mild euphoria. Situasi ini sering dikaitkan dengan ketosis, penghasilan keton badan ini boleh menggantikan glukosa sebagai sumber tenaga untuk otak. Sebab tu orang yang amal diet high fat low carbohydrate otaknya lebih cerdas dan tak diganggu saka. Jadi mana datang kata menyebabkan kenaikan kolestrol atau lemak dalam badan? Mungkin lah ada sikit percezaan IF dan pemakanan orang yang bermasalah kesihatan dengan yang sihat. Gambar mungkin tak ada kena mengena.

Lunch pisang abu

Image
Pisang abu biasa orang buat goreng. Aku je buat makan tengahari 😂 -- http://din.huluselangor.net

Korang kata orang sekarang dah cerdik

Image
Orang cerdik tak main sentimen. Orang cerdik guna akal dan strategi untuk survival agama, bangsa, negara dah partinya. Masih bingai rupanya. Masih dengan doktrin lapuk. -- http://din.huluselangor.net

Nescafe kedai kopi Cina

Image
Aku dari zaman kanak-kanak dah minum nescafe di kedai China. Kerling kedai Botak. Kalumpang kedei Ah Soon atau Ah Chai. Baru betul minum nescafe ada rasa pahit nescafe dan masin2 ditambah garam secubit, susunya sesudu je. Kat kedai mamak susu nescafe bukan nescafe susu 😂 Kopi butter korang pernah minum? Sekarang dah jadi popular di kenalkan semula oleh coach diet, Aku dah jadi minuman harian tahun 60an & 70an. Bab ni aku cerita kemudian -- http://din.huluselangor.net

Lamang @ lemang.

Image
Kalau dulu² asal ada orang jual lemang mesti urang awak sebab lemang origin dari Minangkabau. Sebab tu lemang dimakan bersama rendang yang juga origin dari Minangkabau. Tahun 60/70an kalau di KL orang cari lemang di Gombak atau Paya Jaras. Yang berniaga lemang di Kampung Baru atau Jalan Raja Alang biasanya orang Paya Jaras. Rendang tok atau rendang hitam sejarahnya orang tak makan dengan lemang ok! * Siapa yang komen cakap pasal kolestrol, aku blok walaupun ko tu dietician atau doktor perubatan 😁 Tang nana kolestrolnya? 

Kopi baik untuk kesihatan

Image
Betul ke ni? Tapi kopi kan banyak keburukan? Sebenarnya tak semua tahu yang minum kopi ni banyak sangat khasiat berbanding keburukan. Ini  antara 5 kebaikan minum kopi yang ramai tak tahu. Tak nak percaya korang punya pasal. 1.   Membekalkan tenaga serta meningkatkan daya pemikiran dan kekal fokus Kafein, yang sangat bagus untuk membekalkan tenaga kepada tubuh. Selain itu, kafein juga membantu meningkatkan daya pemikiran kerana ia akan membuatkan sel-sel otak bekerja. 2. Mengurangkan risiko menghidap penyakit Diabetes Tahap II ( yang dah kena lain cerita) Ada kajian yang telah dijalankan di negara barat menunjukan bahawa orang yang banyak minum kopi mempunyai risiko hampir 23 sehingga 50 % rendah berbanding orang yang tidak minum kopi secara harian.  3. Mengelakkan kemurungan dan kesedihan Dalam satu kajian yang dijalankan di Harvard pada tahun 2011, wanita yang mengambil 4 atau lebih cawan kopi sehari, mempunyai risiko 20% lebih rendah untuk mempunyai masalah kemurungan ...