Kopi baik untuk kesihatan

Betul ke ni? Tapi kopi kan banyak keburukan? Sebenarnya tak semua tahu yang minum kopi ni banyak sangat khasiat berbanding keburukan.
Ini  antara 5 kebaikan minum kopi yang ramai tak tahu. Tak nak percaya korang punya pasal.

1. Membekalkan tenaga serta meningkatkan daya pemikiran dan kekal fokus

Kafein, yang sangat bagus untuk membekalkan tenaga kepada tubuh. Selain itu, kafein juga membantu meningkatkan daya pemikiran kerana ia akan membuatkan sel-sel otak bekerja.

2. Mengurangkan risiko menghidap penyakit Diabetes Tahap II ( yang dah kena lain cerita)

Ada kajian yang telah dijalankan di negara barat menunjukan bahawa orang yang banyak minum kopi mempunyai risiko hampir 23 sehingga 50 % rendah berbanding orang yang tidak minum kopi secara harian. 

3. Mengelakkan kemurungan dan kesedihan

Dalam satu kajian yang dijalankan di Harvard pada tahun 2011, wanita yang mengambil 4 atau lebih cawan kopi sehari, mempunyai risiko 20% lebih rendah untuk mempunyai masalah kemurungan dan kesedihan. 

4. Mengelakkan penyakit kronik seperti Alzheimer dan Parkinson

Mengambil kafein boleh membuatkan saraf-saraf di otak berfungsi dengan baik, kerana ia mampu menguatkan otak dan juga membuatkan otak aktif bekerja berbanding organ yang lain. Sekiranya anda kerap mengambil kopi, risiko anda untuk menghidapi penyakit Alzheimer dan Parkinson akan berkurangan.

5. Membantu mengurangkan berat badan

Minuman berkafein sebenarnya dapat mengurangkan keinginan anda untuk makan dengan lebih banyak.

Tak semua kopi bagus untuk anda amalkan. Walaupun ada kopi yang mengatakan tidak mengandungi kalori dan gula tambahan, awas ya! Sebenarnya ada kalori dan gula tambahan yang tersembunyi yang perlu anda ambil berat sekiranya anda mahu kekal minum kopi dan sihat. 

--

Popular posts from this blog

Kuih Melayu tradisional tidak menggunakan tepung gandum

Kedai Todi Kerajaan