Posts

SISHA DI DUSUN BAY

Image

CELCOM HSDPA SPEED DI HULU BERNAM

Image

MUKHRIZ 71, KHIR 56, KHAIRY 51

6.15 pm Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir memperolehi pencalonan ke-71 untuk jawatan ketua Pemuda dari bahagian Temerloh (Pahang), yang turut mencalonkan ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim sebagai naib ketua. Razali kini mengumpulkan 91 pencalonan manakala pesaing terdekatnya, exco Pemuda, Datuk Reezal Merican Naina Merican mendapat 80 pencalonan. 5.00 pm Bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo mendapat pencalonan ke-56 bagi jawatan ketua Pemuda dari bahagian Kudat, Sabah, yang turut mencalonkan exco Pemuda, Datuk Reezal Merican Naina Merican sebagai naib ketua. Reezal kini mendapat 80 pencalonan. 5.00 pm Bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo mendapat pencalonan ke-55 bagi jawatan ketua Pemuda dari bahagian Sungai Besar, Selangor yang turut mencalonkan exco Pemuda, Datuk Reezal Merican Naina Merican sebagai naib ketua. Reezal kini mendapat 79 pencalonan. Berita seterusnya

PROSIDING KES LIWAT ANWAR BERJALAN LANCAR

KUALA LUMPUR 9 Okt. - Polis berjaya memastikan prosiding kes liwat yang melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini hari ini berjalan lancar tanpa insiden yang tidak diingini. Kawalan trafik menghala ke kompleks itu turut lancar dan tiada jalan yang ditutup. Kira-kira 30 pegawai dan anggota polis ditugaskan sejak kira-kira pukul 8 pagi bagi mengawal keselamatan di sekitar kompleks mahkamah tersebut. Bagaimanapun, hanya kira-kira 20 penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang hadir memberi sokongan kepada Anwar di pekarangan mahkamah itu. Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh tiba di Mahkamah Sesyen di sini bersama isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail serta peguamnya, S.N. Nair pada pukul 8.55 pagi bagi menghadiri prosiding kes tuduhan liwat yang dihadapinya. Mahkamah Sesyen hari ini mendengar hujahan lanjut yang dibentangkan oleh peguam bela Anwar bagi membantah permohonan pihak pendakwa untuk memindahkan perbicaraan kes liwat terhadap

MUKTAMAD, NAJIB MENANG TANPA BERTANDING

Image
PETALING JAYA: Sah! Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang terus mengungguli jumlah pencalonan diterima bagi jawatan Presiden Umno setakat ini, menangani kerusi tersebut tanpa bertanding. Kemenangan itu dicapai pada pukul 4.11 petang tadi. Dengan kemenangan itu, Najib bakal diumumkan secara rasmi sebagai Presiden Umno yang baru apabila Perhimpunan Agung Tahunan dijadual berlangsung dari 24 hingga 28 Mac depan. Mengikut tradisi Umno seseorang pemimpin yang dicalonkan perlu menerima pencalonan sebagai syarat bertanding. Dalam kes Najib, kedudukan beliau akan menjadi rasmi Mac depan. Beliau yang juga Menteri Kewangan bertanding jawatan itu selepas Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memutuskan untuk tidak mempertahankan kedudukannya. Malah, Najib yang kini merupakan Timbalan Presiden Umno dijangka menyapu kesemua pencalonan daripada 27 bahagian yang bersidang sepanjang hari ini. Sehingga pukul 2 petang, Najib telah menerima sebanyak 122 pencalonan. Ia meningkat 12 lagi men

MAHATHIR: UMNO PERLUKAN BADAN PENASIHAT BEBAS PULIH PARTI

Image
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Umno memerlukan badan penasihat khas yang bebas daripada sebarang kepentingan peribadi jika ingin melakukan perubahan positif. "Kita perlu ada badan penasihat, tapi badan penasihat itu perlu tidak mempunyai apa-apa kepentingan diri," katanya dalam satu wawancara khas yang bertajuk Budaya Pemilihan Umno siaran Astro Awani sebentar tadi. Namun jelas beliau, jika badan tersebut dipengarahi pihak-pihak tertentu, ia boleh memberi kesan yang tidak baik kepada Umno itu sendiri. "Kalau jadi badan penasihat tapi guna pengaruh yang ada untuk dapatkan sesuatu, ia akan memberikan konflik dan nasihat yang diberikan itu mungkin tidak baik," katanya. Selain itu beliau berkata Umno seolah-olah menyekat kemasukan generasi muda terutamanya yang berpelajaran tinggi. "Generasi muda ada sekatan dalam Umno, untuk masuk dalam Umno kita perlu melalui cawangan. "Ketua cawangan memang tak suka sesiapa yang masuk cawangannya m

NAJIB 112, KU LI 1, MUHYIDDIN 67, ALI 25, MUHAMMAD 19

3.50 pm Tan Sri Muhammad Muhd Taib mendapat pencalonan ke-19 untuk jawatan timbalan presiden dari bahagian Pasir Mas yang turut mencalonkan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk jawatan presiden. Bagi naib presiden pula, bahagian tersebut mencalonkan Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Hishammuddin Hussein dan Tan Sri Isa Samad. Dengan ini, kedudukan terkini calon naib presiden ialah Datuk Hishammuddin Hussein 90 pencalonan, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi (67), Datuk Shafie Apdal (48), Datuk Khaled Nordin (51) dan Datuk Syed Hamid Albar (22). Calon lain ialah Datuk Rais Yatim (9), Tan Sri Isa Samad (11), Datuk Jamaluddin Jarjis (8), Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik (9), Datuk Shahidan Kassim (6), Datuk Mohamad Hassan (3), Datuk Musa Aman (2), Datuk Mohd Ali Rustam (1) dan Tan Sri Annuar Musa (1), Datuk Mohd Afifuddin Omar (1) dan Datuk Halimah sadique (1).