KUALA LUMPUR: Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berubah fikiran dalam soal peralihan kuasa dan saingan merebut kerusi Ketua Wanita? Selepas mesyuarat Exco Wanita di sini hari ini, Shahrizat berkata, cadangannya supaya pelan peralihan kuasa daripada Ketua Wanita, Tan Sri Rafidah Aziz kepada beliau dipercepatkan kepada Mac depan ditolak oleh mesyuarat pergerakan itu hari ini. "Cadangan mempercepatkan pelan peralihan kepada Mac semasa Perhimpunan Agung Umno tidak diterima (Tan Sri) Rafidah dan exco, tetapi pelan peralihan seperti yang dirancang pada Jun tahun depan dikekalkan," katanya. Pada sidang akhbar selepas mesyuarat Exco Wanita, yang dipengerusikan Rafidah, Shahrizat menjawab empat soalan wartawan. Kepada Bernama selepas sidang akhbar itu, beliau berkata, keputusan exco ialah untuk menerima saranan Rafidah seperti asal di samping menentukan tiada pertandingan untuk jawatan Ketua dan Naib Ketua pergerakan itu. Shahrizat berkata pada masa yang