Solat Taubat

Cara melaksanakan solat taubat ini sama dengan solat biasa, iaitu setelah berwuduk dengan sempurna, lalu berdiri di tempat yang suci, menghadap kiblat;
  • Waktu di lakukan - bila-bila masa merasa telah berbuat dosa (kecuali waktu makruh tahrim utk melakukan solat)*. Sebaik-baiknya 2/3 malam (pukul 2 pagi ke atas), semasa Qiyamullail
  • Lafaz niat: “Sahaja aku mengerjakan solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.” (Cukup di dalam hati, ada perbahasan ulama’ tentang lafaz niat dlm ibadah - sila rujuk kpd pakar feqah)
  • Rakaat pertama membaca (disunatkan membaca doa Iftitah) kemudian surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
  • Rakaat kedua membaca surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
  • Semasa sujud akhir rakaat kedua, ucapkanlah Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali (bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala)
Ertinya: “Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim

  • Selepas salam, perbanyakkan istighfar seperti,

Ertinya: Ampunilah hamba Ya Allah. Tuhan yang Maha Agung. Tiada Tuhan yang lain melainkan hanya Engkau. Dialah Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Perkasa dan hamba bertaubat kepada Engkau ya Allah

  • dan berdoa dengan Penghulu Istighfar,

Ertinya: “Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhanselain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan akudi dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Musekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan.Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan akumengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.”
  • masing-masing ke hadhrat Allah.

  • Kemudian boleh juga berdoa mengikut luahan hati dan munajat


p/s: Jangan kita terlalu mengharap doa kita dimakbulkan tuhan sebaik mana doa kita selagi diri kita masih menaggung dosa-dosa besar dan tidak bertaubat nasuha. Bertaubatlah seikhlas-ikhlasnya.

Popular posts from this blog

Kuih Melayu tradisional tidak menggunakan tepung gandum

Kedai Todi Kerajaan