Tajol nafi letak jawatan
-
Selepas PRU 12 yang lalu beberapa negeri telah di kuasai oleh Pakatan Rakyat.
-
Aku menjangkakan negeri-negeri tersebut akan mendapat Pengerusi Perhubungan UMNO yang baru dari kalangan pemimpin tertinggi peringkat kebangsaan.
-
Seandainya jawatan tersebut masih dipegang oleh bekas MB atau Pengerusi PErhubungan sedia ada, besar kemungkinan mereka akan gagal dalam melaksanakan tangungjawab mereka.
-
Di Selangor, Khir Toyo secara 'gentlement' meletakkan jawatan dan aku tergambar Dato Seri Mohd Najib akan memangku jawatan tersebut sehingga Perhimpunan Agong UMNO. Aku menjangkakan Pengerusi Perhubungan Negeri Perak, Kedah kecuali Pulau Pinang akan mengambil langkah sama. Aku katakan Pulau Pinang terkecuali kerana aku memahami ego pengerusinya. Apa yang aku fikirkan tidak menjadi kenyataan.
-
Untuk menjadi Pengerusi Perhubungan UMNO tanpa memegang apa-apa jawatan dalam kerajaan adalah amat merumitkan. Mereka akan diperlekehkan oleh Ketua-ketua Bahagian malahan mungkin menerima cemuhan kerana kegagalan menjadi pemerintah. Siapa sahaja yang akan dilantik dikalangan mereka akan kurang dihormatimalahan akan di persendakan.
-
Pengerusi Perhubungan menghadapi masalah untukmelaksanakan apa jua program atau gerakkerja bagi kepentingan parti. Lebih teruk lagi apabila Pengerusi Perhubunga sibuk dengan perancangan untuk merebut jawatan didalam Perhimpunan Agong UMNO. Mereka tiada masa merencanakan untuk menawan semula negeri masing-masing.
-
ADUN pula menghaapi masalah peruntukan untuk tujuan pembangunan dikawasan masing-masing. Peruntukan Kerajaan Persekutuan yang diagih melalui Pengerusi Perhubungan tidak terjamin diagihkan samarata di kalangan DUN BN. Pengerusi Perhubungan tidak mampu untuk menyediakan peruntukan sebaliknya hanya mampu menghabiskan peruntukan.
-
Kalau Pengerusi Perhubungan benar-benar sayangkan UMNO dan mahu melihat Barisan Nasional masih relevan, adalah lebih baik mereka meletakkan jawatan secara terhormat. Berikan jawatan tersebut kepada Presiden, Timbalan atau Naib-naib Presiden UMNO Kebangsaaan.
-
Mementingkan diri menyebabkan kalangan pengundi menjadi meluat begitu juga dikalangan ADUN-ADUN Barisan Nasional sehingga berlaku gejala lompat parti.
Tajol nafi letak jawatan
KAMPAR 29 Jan. - Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali hari ini menafikan laporan akhbar yang mengatakan beliau meletak jawatan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak.
Menurut bekas Menteri Besar Perak itu, beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan tersebut.
``Kenyataan itu telah diambil daripada pihak lain bukan daripada saya. Laporan itu tidak beretika,'' katanya. - Utusan.