Entahkan kau rasakan, Apa yang aku rasa, Atau kau tak endah, Tapi ku percaya....... Lagu bulan Ogos entah berapa tahun dulu.. Kini Ogos kembali dan aku rasa macam sudah tertulis tarikh, waktu yang sama cuma tahun berlainan peristiwa sama 'hampir' berulang cuma caranya berbeza. Kalau dulu aku merelakan dan pasrah tapi kini ohhhh tidak kerana aku telah memberikan seluruh jiwa raga ku.. Harap dia tidak membaca tulisan aku ini kerana apa yang ku luahkan ini mungkin 'dia tak endah' Ya - Rabbul Ariffin Seandainya kau telah taqdirkan dia milikku tercipta buatku dekatkanlah hatiku dengan hatinya. Tetapkanlah kemesraan ... seterusnya disini dan disini Bagaimanakan ku mula Dan apakah kata-kata Yang indah untuk diabadikan Tiap wajah berkisah Tiap madah bererti Manakah ilhamku Cahaya di matamu Senyum di bibirmu Mengukir seribu tanda pertanyaan Mungkinkah kau jua dalam kerinduan Di saat begini aku merindukan Berhelai-helai surat Terbiar di depanku...