Suatu Masa

Entahkan kau rasakan, Apa yang aku rasa, Atau kau tak endah, Tapi ku percaya.......

Lagu bulan Ogos entah berapa tahun dulu.. Kini Ogos kembali dan aku rasa macam sudah tertulis tarikh, waktu yang sama cuma tahun berlainan peristiwa sama 'hampir' berulang cuma caranya berbeza. 

Kalau dulu aku merelakan dan pasrah tapi kini ohhhh tidak kerana aku telah memberikan seluruh jiwa raga ku..

Harap dia tidak membaca tulisan aku ini kerana apa yang ku luahkan ini mungkin 'dia tak endah'
 
Ya - Rabbul Ariffin Seandainya kau telah taqdirkan dia milikku tercipta buatku dekatkanlah hatiku dengan hatinya. Tetapkanlah kemesraan ... seterusnya disini dan disini

 



Bagaimanakan ku mula
Dan apakah kata-kata
Yang indah untuk diabadikan
Tiap wajah berkisah
Tiap madah bererti
Manakah ilhamku

Cahaya di matamu
Senyum di bibirmu
Mengukir seribu tanda pertanyaan
Mungkinkah kau jua dalam kerinduan
Di saat begini aku merindukan

Berhelai-helai surat
Terbiar di depanku
Tak dapat aku utuskan
Ku ramas semua
Dan ku buangkan
Jauh dari pandangan

Lalu aku kesal
Ku kumpul semula
Tak dapat ku nyatakan apa yang ku rasa
Jika engkau tahu di dalam hatiku
Mungkinkah kau sahut jeritan batinku

Dengarkanlah panggilanku
Dengarkanlah lagu untukmu
Angin lalu kau sampaikan
Rasa rindu yang membara
Kepadanya

Warna-warna cintaku
Kian pudar bersama
Malam yang gelap gelita
Entahkan kau rasakan
Apa yang aku rasa
Atau kau tak endah

Tapi ku percaya
Semua telah tertulis
Dan niat suciku takkan disiakan
Dan di suatu masa
Di hari yang indah
Ku hulur tanganku
Lalu kau terima


Popular posts from this blog

Kuih Melayu tradisional tidak menggunakan tepung gandum

Kedai Todi Kerajaan