"Kami hidup disebuah kampung yang indah, penuh makanan dan buah-buahan, ada air sungai yang begitu jernih airnya..ramai gadis cantik dikampung itu," demikian cerita salah seorang anak Orang Asli yang selamat selepas 47 hari hilang di tengah hutan di Pos Tohoi. ************** GUA MUSANG: Selepas penemuan dua rangka pada semalam dan kelmarin, Pasukan Mencari dan Menyelamat hari ini berjaya menemui dua anak Orang Asli yang merupakan murid Sekolah Kebangsaan Pos Tohoi yang selamat. Mangsa, Mirsudiar Aluj, 11 dan Noreen Yacob, 10, ditemui dalam keadaan lemah oleh pasukan tentera yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat. Menurut Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli, Kelantan, Nik Man Nik Ya, mereka ditemui sekitar jam 11 pagi Jumaat di kawasan pencarian. ''Dua ditemui hidup dan pihak Tentera Darat telah beri rawatan awal di SK Pos Tohoi pagi tadi. Mereka dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut,'' katanya di sini, hari ini. Tambahnya, pasukan ...