Rahsia ayam goreng rempah yang rangup
Adalah sorang awek ni cakap dia belajar buar ayam goreng rwmpah dengan akak jual nasi lemak depan tu tapi bila dia goreng rempah tah kemana ayam tah kemana.
Memanglah org tu tak ajar sampai habis.. Perangai orang melayu tak boleh bagi semua kena simpan 1 rahsia sampai kemati kalau nak jadi guru.
Jawapannya mudah: letak tepung jagung dan/atau telor bersama rempah perapan semasa memerap. Gerenti ayam rangup dan rempahnya cantik melekat dan serdaknya yummy crispy.
Korang belum lahir lagi aku dah buat ayam goreng rempah lebih sedap dari Ghulam Rasul. Hihihi
Nak lebih sedap ketumbar dan jintan digorwng tanpa minyak dahulu sebelum ditumbuk.
Kalau boleh guna lesung batu menu Edison perapan. Pada yang baru nak beli lesung batu, seasons kan dulu. Kalau tidak akan berpasir. Cara nak seasons kan tumbuk hampas kelapa sampai lumat dan sapu keseluruhan bahagian dalam lesung kemudian basuh.