Apom Lenggang Cik Kiah... kalau tak dilenggang tak jadi!
KALAU dapat makan panas-panas menu ini memang best, lebih-lebih lagi ada kuah kari untuk dicicah. Musim disuruh duduk di rumah diam-diam ini, apa kata ajak anak-anak bersama-sama melenggang apom ini seperti yang dilakukan Cikgu Mahsuri Nasri dari Butterworth, Pulau Pinang. Bahan-bahannya pun mudah sahaja, rasanya sememangnya ada stok di dapur masing-masing. Bahan-bahan 1 cawan nasi sejuk 1 cawan air 3 biji telur 1 1/2 cawan tepung gandum 2 cawan tepung beras 5 sudu gula 1 cawan santan 1 sudu besar yis 2 1/2 cawan air secubit garam 1/2 sudu teh kunyit Cara-caranya membuatnya; 1. Kisar nasi sejuk bersama air sampai halus. Ketepikan dahulu 2. Adun telur, tepung gandum, tepung beras, gula, santan, yis, air, garam dan serbuk kunyit. Lepas itu masukkan campuran nasi sejuk yand dikisar tadi ke dalam adunan. 3. Tapis adunan di atas ke dalam satu bekas. Biarkan antara 10 hingga 20 minit sebelum dilenggang. Cara melenggang; 1. Panaskan kuali kecil dengan api kecil. 2. Sapu sedikit minyak dal...