Aroma daun nipah penyedap jelurut, rasa seperti tepung pelita


PERNAH dengar kuih jelurut? Ia makanan tradisi masyarakat di Labuan yang cukup enak dan rasanya hampir sama dengan tepung pelita.


Perbezaannya ia dimasak menggunakan daun nipah yang dilipat menjadi kelongsong sebelum dikukus.

Rasanya yang lemak manis memang membuatkan anda lupa diri ketika menikmatinya.

mStar berpeluang bertemu dengan Rokiah Ibrahim atau Mak Itam, 65, di Labuan baru-baru ini yang berkongsi resepi jelurut. Boleh cuba nanti okay?

Bahan-bahannya:

2 cawan tepung beras

1 cawan gula

1 sudu teh garam

1 sudu teh kapur

1 liter santan

Pewarna hijau

Daun pandan

Daun nipah sebagai kelongsang kuih

Cara-cara membuatnya:

Didihkan santan dengan api sederhana besar.

Sementara menunggu santan mendidih, adunkan tepung beras bersama sedikit air pandan.

Tuang santan yang telah mendidih ke dalam bancuhan tepung dan gaul sebati. Pastikan adunan tidak berketul.

Masukkan gula, garam serta kapur sebelum tambah pewarna hijau dan gaul sebati.

Setalah siap masukkan adunan ke dalam kelongsong kuih dan kukus selama 20 minit.




Popular posts from this blog

Kuih Melayu tradisional tidak menggunakan tepung gandum

Sah betik yang aku tanam betik betina. Ada 3 cara mengenali betik jantan dan betina selepas menyemai dan berbunga.