Ayam buttermilk Cik Sue
Memasak dirumah adalah pilihan terbaik bagi menjimatkan kos, dan lebih penting puas hati dengan hidangan air tangan sendiri.
Anak-anak pasti tersenyum jika melihat ayam buttermilk kegemaran mereka terhidang panas di atas meja.
Bahan-bahan:
2 ketul besar ayam, bahagian dada
1/2 tin susu cair
3 ulas bawang putih - hilis halus
1/2 biji bawang besar Holland atau biasa - potong dadu
4 sudu butter
2 tangkai daun kari
4 buji cili padi
Bahan-bahan untuk tepung salutan ayam:
2-3 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar serbuk kari
1 biji telur
Sedikit garam
Air secukupnya
Cara-cara:
Potong dadu isi ayam, bersihkan dan tos.
Masukkan telur dan garam ke atas ayam dan gaulkan sehingga sebati.
Masukkan tepung, serbuk kari dan sedikit air. Kacau supaya tepung pekat dan menyaluti ayam. Perap selama 30 minit.
Goreng ayam di dalam minyak panas sehingga garing.
Angkat dan ketepikan.
Cara-cara untuk ayam buttermilk:
Dalam kuali - panaskan butter sehingga cair dan tumis bawang putih, cili dan daun kari sehingga naik bau.
Masukan susu cair dan bawang besar. Kemudian masukkan ayam yang digoreng sebelum ini.
Masak sehingga kuah nampak pekat sedikit. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Tips: Jika tidak mahu pedas, jangan masukkan cili. Dan kalau anda mahu cara yang mudah dan cepat untuk penyediaan ayam goreng, boleh juga gunakan tepung goreng Bestari.