Hutang negara dibawah Tok Abah meningkat kepada RM1.257 trilion

Jumlah keseluruhan liabiliti dan hutang kerajaan dianggarkan berjumlah RM1.257 trilion atau 87.3 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Timbalan Menteri Kewangan, Mohd. Shahar Abdullah berkata, hutang kerajaan persekutuan pada akhir September lalu mencatat RM874.3 bilion atau 60.7 peratus kepada KDNK.

“Namun, berdasarkan pengiraan had statutori nisbah hutang Kerajaan Persekutuan merangkumi instrumen Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS), Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (MGII) dan Bil Perbendaharaan Islam Malaysia (MITB) mencatat 56.6 peratus daripada KDNK iaitu kurang daripada had 60 peratus yang baru ditetapkan (Akta 830 Akta Langkah-Langkah Sementara Bagi Pembiayaan (Penyakit Koronavirus 2019(COVID19)).

” Kerajaan komited memastikan pembiayaan semula hutang Persekutuan dilaksanakan secara teratur mengikut jadual. Dalam situasi krisis pandemik Covid-19 yang masih berlarutan ini, kerajaan akan memberi tumpuan terhadap pemulihan ekonomi terutama bagi memelihara kesejahteraan rakyat dan menyokong aktiviti perniagaan,” katanya dalam sesi soal jawab Dewan Rakyat semalam.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Mohamad Sabu (Kota Raja- PH) berkenaan kedudukan hutang semasa negara dan nisbah hutang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Dalam pada itu, Mohd. Shahar berkata, Penurunan penarafan kadar Fitch Ratings bukan disebabkan faktor ekonomi dalaman atau ‘Fundamental Economy’.

Sebaliknya kedudukan Malaysia sebagai negara kompetitif dalam rantau ini dengan kedudukan ke-12 dalam ‘Doing Business’ juga antara faktor penurunan Fitch Ratings.



Popular posts from this blog

Kuih Melayu tradisional tidak menggunakan tepung gandum

Sah betik yang aku tanam betik betina. Ada 3 cara mengenali betik jantan dan betina selepas menyemai dan berbunga.